Phnom Penh: Jauh Perjalanan Luas Pandangan.

Aku kan sebenarnya not really looking forward nak pegi Phnom Penh. Tp lepas 4hari 3malam, aku tukar statement aku. Trip yg sgt insightful, seronok dan menginsafkan.

Dua tiga hari sebelum perjalanan, cabaran datang. Mak cadangkan supaya aku batalkan perjalanan. Sebab baru dua bulan lepas tragedi MH370. Bukan hendak memandai2, tp aku beritahu mak ajal itu dimana2 sahaja, dan minta mak doakan keselamatan perjalanan kami. Sebab doa mak kan berkat.

Mungkin sbb hujung minggu yang panjang, LCCT yang sudah sesak menjadi semakin sesak. Seperti dijangka flight kami lambat hampir dua jam. By the time sampai Phnom Penh, jalan raya tgh sesak, katanye waktu balik keja (Unlike Ho Chi Minh, motor bukanlaa kenderaan utama disini)

Aku xde nak komen sangat pasal penginapan di Frangipani Living Arts Hotel, asalkan boleh tido dgn selesa. Just, mencabar betul sbb ade satu lif je kat each building. Jenuh!

Hari pertama, kami ade Amazing Race: Phnom Penh dan diikuti annual dinner yg happening gile kat Naga World Hotel. Btw, aku jadi jakun kejap bila masuk hotel tu, tgk tempat judi penuh orang dan mesin slot.

DSC03828

Merakam kenangan dihadapan Independence Monument

Hari kedua, perjalanan dimulakan dgn melawat Independence Monument. Monumen nie terletak di tengah2 bandar, dan kalo tgk lokasi, kelihatannye independence monument nie berfungsi seperti roundabout. Berhampiran dgn monumen nie, ade 3-4 buah rumah yang kelihatan agak mewah. Dengar cerita rumah nie milik pm diorg. Wallahualam.

Kalo korang tgk kat gambar ni, langit kat Phnom Penh biru semacam n terik panas nye mmg semacam jugak. Balik Malaysia bukan bawak balik kenangan manis je, dgn sunburnt2 skali aku angkut.

Destinasi seterusnya adelah Royal Palace dan Silver Pagoda. Ini antara tempat paling menarik di sini. Sbb architecture n landscaping palace ni SUPERB. Mmg kegembiraan berganda utk aku yg nak praktis amik gamba bangunan. Sebelum nak masuk Istana nie, ade dress code kena follow. 1. x boleh pakai seluar pendek nampak lutut. 2. x boleh pakai sleeveless. 3. x boleh pakai shawl atas bahu. Sebelum aku sajikan gamba2 dlm kawasan Royal Palace, aku sajikan kepoyoan kami bergamba.

DSC03849

Ini antara gambar dalam Royal Palace. Luas kawasan istana ni. Kalau Raja xde dlm istana, bendera akan diturunkan separuh. Dlm istana ni ade few restriction jugak. ada ruangan tak dibenarkan masuk dan ada juga x dibenarkan diambil gamba.

DSC03916

Pakaian pekerja istana. Setiap hari lain warna pakaian diorg. Cantik plak warnanye.

DSC03860

Pintu gerbang pun dah gah macam nie.

DSC03897

Kalau tak silap, inilah balairung serinya.

DSC03905

Architecture kat sini byk berunsurkan Naga. Nampak tak naga dalam gambar ni?

DSC03887

Selfie dimana mana saja

DSC03863

Silver Pagoda plak adelah beberapa temple yang lantainya 100% silver. Dah lama tau bangunan nie, tp semua masih elok lagi.

???????????????????????????????

Kagum tak tgk ukiran keliling tu. Meticulous betul

???????????????????????????????

Di persekitaran kawasan Silver Pagoda

???????????????????????????????

PSP Power Rangers Girlz. Kelasss

???????????????????????????????

Lepas lunch n solat Zuhur, kami ke destinasi 2nd last utk hari kedua iaitu Tuol Sleng Genocide Museum S21. Baca pun dah gerun. aku x bape amik gambar sgt kat tempat nie. Goosebumps aje sepanjang kat tpt ni. Eventually, ade ramai gak ahli rombongan opt duduk dalam bas je tanak turun. Sebabnya..

Museum nie dulunye high school dan bila Khmer Rouge mula bermaharajalela, sekolah ni diconvertkan jadi tempat utk torture cendekiawan, professionals mcm doctor, lawyer, cikgu atas alasan kononnye diorg nie pengkhianat/perisik CIA la KGB la, tp sebenarnya nak menghalang pemberontakan oleh golongan bijak pandai ni. Mmg suram betul kawasan ni. Mendengar penerangan tour guide, berbalam2 perasaan aku; marah, benci, seram dan sedih.

Destinasi terakhir; Olympic Wholesale Market. Boleh tahan gak pasar nie. Tp kalau nak beli souvenir mmg taklah. Kalo nak beli kain boleh gak try berbahasa ayam dgn org kat sini. Tp kat sini, kalo nak beli bag, luggage, baju, aksesori wanita pada harga murah mmg sesuai. Murah plak tu.

Malam tu aku n geng pegi pasar malam. Surprisingly, pasar malam diorg sgt teratur:
1. ade tempat makan berbumbung.
2.setiap gerai ade awning yg boleh diextendkan kalo hujan
3.siap ade stage utk performance.

Too bad kami ade plan nak pegi berurut murah, kalo tak boleh lepak lama skit.

Kitorg pegi berurut kaki n ade yg urut badan. 1 jam rm27 kot. Sgt berbaloi. Pastu mlm tu, merasa la balik naik tuk2 sendiri. Saspen weh. Sbb tiang lampu x byk..unfamiliar area n jalan pun tatau arah mana. But we survived the tuk2 ride. X silap, utk 10-15min ride ni dlm usd5 kot ratenye.

Hari terakhir, ade 3 destinasi, russian market, central market dan Killing Field. Killing Field nie dlm sejam lebih jugak perjalanannye dr bandar, kalo nak ikutkan boleh sampai cepat, tp jalan nye kecik aje.

Berbeza dgn Tuol Sleng yg creepy tu, suasana kat Killing Field ni sayu. kawasannye mmg lapang, tp sebenarnya ade berbelas ribu mayat ditanam di kawasan ni. Beristighfar aku bila memikirkan kekejaman rejim Khmer Rouge bawah Pol Pot nie. Pastu geram plak sbb boleh lagi die n family bersenang2 hidup lagi. Tp takpe, itu semua kerja Allah.

Di tengah2 Killing Field nie ade memorial utk mangsa2 di situ. Jgn terkejut ade byk skulls n baju2 diletakkan disitu. Bila jalan mmg ade kemungkinan utk terpijak serpihan tulang2 manusia. Makin aku dgr explanation tour guide kami, satu je dpt aku simpulkan – Pol Pot ni pyschopath.

Sebelum pegi airport, kami sempat shopping last minute di Russian Market dan Central Market. Kalo pegi Phnom Penh, kenalaa beli fridge magnet, dan cambodian silk yg cantik dan berkualiti tu. Tak mahal pun sepasang dlm RM35. Kat Central market, borong tshirt. Tshirt murah tp kualiti Tshirt RM70.

Kat airport, kami buat deal dgn Director dept kami, share luggage weight dgn die. Mmg hebak laa kami, sekejapan siap packing semua hasil borongan berplastik2 di sana. Overall Phnom Penh mmg best for a laid back vacation. Kalo ada rezeki nak datang lagi. Dua kali baru puas hati.

Matawang : Khmer Riel atau USD. 1 USD = 4,000 Khmer Riel

Public transport: Tuk tuk.

Waktu: Lewat 1 jam daripada Malaysia.

Advertisements