Travelog ke Negara Matahari Terbit : Sayonara Japan! We will definitely come back for more.

Mixed feeling betul bila dah tiba hari terakhir kat jepun. Rasa happy nak balik jumpe mak. Rasa debar nak naik flight. Rasa sedih n x puas nak tinggalkan Jepun.

Aku rasa Osaka pun sedih sbb aku dah nak balik. Buktinya..hujan sepanjang pagi hingga ke tengahari. Aduhaiii..

Pagi terakhir, aku bangun awal n pack barang lepas tu terus kuar, amik angin pagi di Osaka, beli poskad n shopping souvenirs kat Keihan City Mall. Aku g sorang je, sbb bff aku ade benda x setel lagi.

Kuar je..aku disapa hujan renyai2..seb baik x lebat sgt. First stop aku g Keihan City Mall. Igtkan ade kedai bukak awal tp lepas diselidik dgn staff kat Starbucks rupenye kul 10 baru bukak. Aku plak dh tercegat kat situ kul 8 lebih. So aku pun breakfastlaa dulu kat Starbucks. Sedapnyeee pepagi minum air chocolate orange! Kenapa kat Mesia xde??

image

Iced chocolate orange ftw

Lepas tu aku jejalan tgk deretan sakura kat luar perkarangan mall tu before aku patah balik ke stesen Osaka untuk pegi ke post office (beli poskad la tu)

image

Gloomy day

Masa tgh berjalan2 ni aku makin terasa..X puas sungguh berjalan2 kat sini. Mmg wajib dtg balik ni.

Lepas selesai urusan and beli poskad, bff aku whatsapp bgtau nak join shopping. I’m happy for her..sbb berjaya gak mencuri masa nak kuar.

Tempat shopping yg kami nak pegi ni adelah Daiso. Kalo korang rasa Daiso kl dh best. Sah2 laa Daiso Japan berganda2 bestnyaa. Dahlaa Daiso Keihan nie besar n luas, pastu barang disusun rapi. Mmg menggila laa kitorg. Walaupun dalam sejam setengah kami berjaya memborong banyak gile barang. RM3++ setiap satu je weh. Mane x gile.

Nway sebelum shopping kat Daiso ni, pastikan korang ade cash secukupnye, sbb seperti di KL.. Daiso ni pun accept cash only.

By the time kami sampai kat rumah, ujan semakin lebat. Risau jugaklaa camne nak menapak jalan kalo lebat gile nnt. Dgn backpack lagi. Teksi plak xnak amik sbb dekat sgt dgn station.

Last2, lepas check out, saying goodbye to Kohei kitorg pun redha jelah pakai baju hujan kuning meredah hujan pegi station. Seb baik laa dh x bape sejuk.
image

Dlm tren menuju ke Kansai Airport kitorg disapa org2 mesia yg kebetulannye akan naik flight yg sama..diorg lagi hebat..trip main redah je..lelaki semua okaylaa kot.

Kitorg smp KIX around 2++ hours before departure. Igtkan nak round2 ke. Skali line nak drop bag punyelah panjang. Diorg sgt particular masa nak check in bag. Walaupun itinerary sama, kena check in sorang2. Xde nak lump sum lekat bag id tu kat satu passport je.

Dah setel ni..nak scan plak another hal. Sini pun q panjang. Aku tgk pun pening gaklaa..seb baik mamat2 td dh setel n q dulu. Dapatlah kitorg menyelit. (Kalo x nyelit, mahunye kena tinggal flight)

Igtkan departure gate dah dekat sgt dah, kitorg pun pegilaa menyinggah shopping last minute..beli kit kat laa..pen2 yg boleh dipadamkan dakwat tu..skali tu..amik kau..kena naik tren weh..g departure gate.

As expected. Kuar train..kami disambut dengan “Final boarding call for Kuala Lumpur”

Maka berlari2 laa lagi kami.

Haha haha..indeed the best finale that we could expect from this awesome trip.

Sayonara Japan.

Kite jumpe April 2016!

Insya Allah.

naTea via HTC One

Advertisements

Travelog ke Negara Matahari Terbit 10 : Kerja Gile Demi Sakura

Padahnye bersakan benar dekat USJ semalamnye adelah punyelaa jenuh nak bangun pagi the next day. Dahlah nak buat kerja gila kan. Bila aku bangun, tengok bff aku dah siap masak breakfast. Seperti biasa, kami buat food planning skit dan lepas tu pack makanan untuk projek kerja gila haritu.

Kerja Gila

Projek kerja gila kami harini adelah buat day trip Osaka – Tokyo – Osaka. Mana tak gile, sebab hampir 6 jam bakal diabiskan dalam train sahaja. Tapi takpelah demimu Sakuraaa, kami sanggup.

Ye, matlamat utama kami adelah hendak berhanami di bawah rimbunan sakura nan indah di Ueno Park. Tapi sebelum itu, kami rasa amat bersyukur kerana walaupun tak dapat nak buat sakura tour, tapi sekurangnya Allah telah mengkabulkan doa kami untuk early sakura blossom. Yelah main beli je tiket murah kan, so 3-4 bulan sebelum bertolak, hari2 kami monitor sakura forecast, weather forecast bagai sambil berharap agar sakura kuar awal.

Matlamat kerja gila yang kedua adelah nak pegi Nippori Fabric Town. Hahaha. Korang ingat kan aku tetibe emo/moody sebab aku memang tak larat haritu nak angkut bag menyinggah Nippori. So, demi memuaskan hati kami yang nak juga menyopping kain, kami decide untuk pergi jugak Nippori tu.

Matlamat ketiga adalah untuk memerah keringat JR Pass hingga ke titisan yang terakhir. Kalo korang perasan kan, kami memang dah fully utilise JR Pass tu awal jugaklah. Jadi kiranye ni untuk memastikan yang investment kami mmg betul2 berbaloi gitu.

Day trip kami bermula dengan mereserve seat utk pegi dan balik di kaunter JR Pass di Shin-Osaka station. Kat sini, memang ade banyak kaunter, jadi taklah lama sangat menunggu. Tapi lagi bagus sambil tunggu tu korang decide laa nak naik train trip yang mana. Perjalanan dari Osaka ke Tokyo Station melalui Shinkansen Hikari adelah dalam 3 jam lamanye. Nak buat ape lagi kan, kami tido jelah.

Sebelum terlupe, aku terserempak dgn satu mid age couple dari Malaysia nak pegi Nagoya. Aku yang tegur diorang dulu sebab diorg macam tanya staff kat kiosk nak konfem whether diorg kat right platform or not. So aku pun tolonglaa confemkan. Alahai sweet sangat uncle n aunty tu berjalan berdua nak pegi tengok sakura. Teruslaa aku berdoa nak dapat suami yang ske travel n romantic at the same time. :p

Perempuan dan kain berpisah tiada

Sampai di Tokyo, kami menuju ke Nippori Fabric Town. Wah..dekat sini pun dah dihiasi dengan keindahan pepohon sakura. Ape lagi, amik gambar seround pastu baru cari kedai kain. Memang byk kedai kain sini. Pegilaah awal2 so that korang puas bershopping and tak payah queue panjang2 kat kedai Tomato tu. Seriously aku memang serender nak meredah orang dan queue kat kedai Tomato terbesar kat situ. Boleh tahan murah. Kalo korang nak beli japanese pattern fabric, boleh pegi kedai sebelah Tomato tu. Cantik2 designnye. Aku beli 3 pasang kain je. Nway, masa g kedai kain ni, barulah jumpa agak ramai Malaysian. Yelahkan..kain dan kami kan berpisah tiada. ūüôā

DSC00897

DSC00903

DSC00906

DSC00918

DSC00920

DSC00905

Kedai Kain Tomato yang famous.

Indahnyaa Sakura!

Dah abis shopping kain, kami gerak ke Ueno Park. Memandangkan kami pegi hari Sabtu dan just nice plak sakura dah full bloom, memang crowded gile laa Ueno area tu, dari station sampai ke park tu, ramaii gilee. Meriah abis suasana kat situ. Dari stesen Ueno ke Ueno Park xdelah jauh sgt. Tp banyak gak tangga nak didaki sebelum kami disambut dengan rimbunan sakura yang sangat cantik itu. Seriously..aku starstruck gitu. Sayanglaa jugak x dpt tengok kat tempat lain. (Simpan untuk next year ye.)

Dah sampai sini, ape lagi nak dibuat? Amik beribu gamba la kan. Lepas dah puas bergamba kami cari port nak melepak untuk makan. Kat sini, Japanese akan reserve tempat untuk berpiknik awal pagi dengan letak tikar. Kitorg plak datang lewat petang, makanya duduk jelah kat atas bata tepi jalan sambil berkelah makan bekal kami bawak tu.

DSC00937

DSC00940
DSC00946

DSC00964

IMAG3217

IMAG3152
DSC01000

DSC01004 DSC01019

DSC01033 IMAG3161

IMAG3215 IMAG3159

My first interview with foreign TV station

Kami duduk opposite kedai steamed potatoes. So, lepas setel lunch+dinner kami, aku g beli ubi tu buat dessert kononnye. Tapi x sempat nak melantak (sempat drool jeee), tetibe kami di approach reporter NHK World. Diorg nak interview kami pasal foreign tourist datang berhanami. Ingatkan sekejap je, skali tu bermacam soalan pasal trip kami dia tanye (Adelah dalam setengah jam kot.), sampai ke bento kami pun dia tanya. Walaweh, seb baik dah abis makan, kalo x selamatlaa diorg bau lauk pekasam yang kami bawak tu. Hahahaha. Seb baiklaa bff aku rajin melayan. Die siap tunjukkan fb dia and aku tunjuk ig aku kat diorg. (By the way,kitorg xtau samada NHK World ade ke tak tayangkan interview kami.) Feeling famous plak, sebab orang lalu lalang duk tengok and siap ade amik gamba kami lagi. What an experience!

Salah naik tren

By the time kami abis makan, hari dah beransur malam. Kami pun beransur balik. Sebelum balik kami sempat berwindow shopping kat Tokyo Station. Asal sempat. Haha haha

DSC01052

Steamed bun comel kat Tokyo Station

Naik tren memasing dah pengsan. Budak2 plak diorg dah recharge. Aku rasa mesti bff aku pening nengok tapi pejam mata jelah Jan asalkan x over sgt.

Sampai kat osaka station ni kan berlaku satu kejadian merepek tapi kelaka pun ade. Masa malam terakhir kat Osaka nilah, kami boleh tersilap naik tren. Naik express train yg x berhenti kat stesen rumah kami. Aduilah..dahlaa dah kul 11 lebeh and dah xde train lalu stesen kat rumah kami tu. Seb baik ade few local people tolong kami tunjuk jalan2. Akhirnya kami naik tren patah balik ke stesen berdekatan dengan stesen rumah kami and amik cab.

__________________________________________________________________________________________________Train cost

1. Kayashima to Yodoyabashi via Keihan Main Line Р310 yen

2. Yodoyabashi to Shin-Osaka via Osaka City Subway Midosuji – 240 yen

3. Shin-Osaka to Tokyo  via Shinkansen Hikari Р13,620 yen (JR Pass)

4. Tokyo to Nippori via JR Yamanote Line Р160 yen (JR Pass)

5. Nippori to Ueno via JR Yamanote Line – 140 yen (JR Pass)

6. Ueno to Tokyo via JR Yamanote Line – 160 yen (JR Pass)

7. Tokyo to Shin-Osaka via Shinkansen Hikari – 13,620 yen (JR Pass)

8. Shin-Osaka to Yodoyabashi via Osaka City Subway Midosuji – 240 yen

9. Yodoyabashi to Kayashima via Keihan Main Line – 310 yen

10. Cab to home – 930 yen

_________________________________________________________________________________________________

Utilisation of JR Pass

Shinkansen & JR Yamanote = 27,700 yen

Travelog ke Negara Matahari Terbit 08 : Shirakawago, Tapak Warisan UNESCO

Kat J Hoppers aku duduk dlm female dorm for 6 people. Sebab smp pun dh lewat malam, redha jelah dpt katil atas. Bila masuk bilik, gelap gelita, tirai katil memasing dah ditarik rapat, semua org dh tido. Aku dh mcm pencuri kot, jalan senyap2, naik katil pun sedaya upaya nak minimize bunyi.

bile dah senyap sgt, n badan ni pun dah penat mengangkut bag, tau2 dah tertido. N terjaga awal pagi sebab perut berdangdut tak dinner. Lagipun kena bersiap2 before 8 am utk follow half day tour ke Shirakawago.

Plan nak pegi Shirakawago ni xde pun dalam list nak pegi tgk masa memula tu. Tapi lepas tengok Destinasi Cinta AirAsia yang episod Noh Hujan dan Misz Nina pegi Nagoya dan one of tempat yang diorg pegi ade Shirakawago, terus berkobar2 nak pegi kat Gassho Village tu. N terus start melobi dekat bff aku  dan lepas tengok route bagai, akhirnya kami decide to go for it. Harga tour half day ni 4,000 yen. Tapi, sebab stay kat J Hoppers boleh laa dapat diskaun 500 yen.

Dari Takayama Station ke Shirakawago, perjalanannye lebih kurang 1 jam. Tour Guide haritu bagus, banyak bagi information n quite good at making jokes. Menurut Tour Guide, kami beruntung sebab the day before adelah sangat windy n gloomy n quite uncomfortable la untuk pusing2 dekat situ unlike harini yang cerah dan x berangin. Alhamdulillah. ūüôā

Semasa dalam perjalanan, aku perasan banyak betul terowong yang kitorg lalu, mcm most of the route tu lalu terowong je! Kami turut diberitahu, tunnel yang paling panjang yang kami lalui haritu adelah Hida Tunnel yang sepanjang 11km.

Sebelum sampai ke penempatan Gassho Village, kami dibawa ke observatory. Kali ini, sekali lagi kami beruntung sebab Gifu Prefecture masih diselimuti salji, menyajikan pemandangan yang sangat indah dari observatory. Sakan kami semua berposing dari observatory berlatarbelakangkan bukit bukau dan perkampungan gasho.

DSC09812
DSC00014

DSC09806

Dah puas posing, kami dibawa ke Gasho Village dan diberi masa sejam lebih untuk bersiar2 di persekitaran Gasho Village. Ya Allah, Subhanallah cantik betul tempat nie. Kalo korang tatau, Gassho Style houses ni sebenarnye dah tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site. Kat sini ade lebeh kurang 114 buah rumah dgn thatched roof. Bumbung tu mcm rupe segitiga tirus sebabnye untuk mengurangkan bebanan kepada bumbung dan rumah bila musim salji memandangkan Gifu Prefecture menerima snowfall yang agak tinggi berbanding dengan beberapa Prefecture yang lain.

DSC09786
DSC00005

DSC09840 DSC09863

DSC09875

DSC09959 DSC09957

Kat situ ade beberapa buah rumah yang boleh dilawati. Tapi kami direkemen untuk masuk Wada House. Entrance fee utk adult 300 yen, child 150 yen. Rumah ni bina ketika pertengahan dan akhir Edo Period (1800 a.d), kat sini ade dokumen2 penting, tembikar, pinggan mangkuk dipamerkan. Dah puas pusing2, kami beli sedikit cenderamata sebelum menamatkan half day tour haritu.

DSC09922

DSC09925

DSC09945

DSC09937

DSC09926

Sampai di Takayama, kami singgah ke Post office utk beli poskad sebelum balik ke J Hoppers untuk masak bekal dan check out. Igtkan lepas check out nak pegi hida takayama traditional village jap, tp timing bebudak comel nak memerut mmg spot on sgt. Hehehe. Last2 aku sorang jelah yang pegi tengok kawasan perkampungan lama tu. Mmg terserlah ciri2 tradisional pada bangunan2 di situ. Rasa macam tengah berada kat tempat shooting Oshin plak. Tak puas pusing sebenarnya. Hopefully, boleh datang lagi next round.

DSC00021 DSC00038 DSC00017
DSC00038 DSC00031
DSC00024 DSC00040 DSC00041

DSC00044Dari Gifu, kami berangkat ke Osaka. Bila sampai stesen, agak terkejut tengok ramai org dok q untuk beli tiket kat kaunter JR. Tak jadi nak reserved seat, kami redah sajelah non reserved seat. Seb baik tak ramai org, dapatlaa memilih tempat duduk and of course laa bila naik Limited Express Wide View Hida Takayama, kite kenala duduk tepi tingkap untuk menikmati pemandangan indah di sepanjang perjalanan nanti. Memang cantik viewnye. Nak amik gamba pun senang sbb wide view window kan.

DSC00083 DSC00132 DSC00112 DSC00108 DSC00091

Separuh haritu kami dok turun naik tren je. Tp sekurangnya xde episod lari2 kejar tren dah kali ni. Lepas 2 jam lebih, kami sampai kat Nagoya, dan terus reserved seat utk shinkansen Hikari ke Shin Osaka. Perjalanan kali ni almost 1 jam. Lepas tu ade turun naik 2 station lagi before sampai Kayashima.

Kat Kayashima, kami sewa rumah via Airbnb. Sbb rumah ni agak jauh skit dari Osaka dan dah agak lama, kami dpt best rate utk rumah ni. RM157 untuk 3 malam sorang. murah gile weh. Semua ade kat rumah ni, jalan dlm 7-10 minit dari station. Bilik nye pun byk. Toilet n shower room nye bersih n best. Yang paling best air panas die konsisten je tahap kepanasan, tak perlu nak adjust2. Kedai 24 hours berlambak2. Bolehlaa sewa sini lagi nanti. Nie link stay tu: https://www.airbnb.com/rooms/2561746

Penat gile. Lepas layan bebudak2 nie n dinner, bentang tatami terus tido.

p/s: Tinggal 3 hari je kat sini. Esok nak pegi Hogwarts Castle.

naTea via HTC One

Travelog ke Negara Matahari Terbit 07 : Running Backpackers

Aku overslept. Rancangan nak tengok sunrise di Tasik Kawaguchi pun turut terkubur dengan tido mati aku tu. Nasib baiklah, shower room tak penuh. (Either diorg x bangun tido lagi, atau diorg dah bangun lg awal dari aku ataupun memang diorg tak mandi pagi. Huehuehue.)

DSC09701

Lepas bersiap2, aku bergegas turun ke lobi. Di K’s House ade juga tersedia perkhidmatan sewa basikal for 300 yen. Sebab plan nak tengok sunrise aku dah simpan untuk tahun depan, aku fikir nak sewa basikal untuk ke post office yang berdekatan. Tapi aku rasa aku overestimated diri sendiri, yang dah lama tak mengayuh basikal, lepas tu kayuh pulak dalam cuaca yang sejuk, rasa macam hilang nafas! Tak sampai 15 minit mengayuh naik bukit, aku dah mengagau cari vending machine. Nak beli air.

DSC09669

DSC09674

Papehal pun, memang best betul feeling kayuh basikal sesorang waktu pagi. Jalan tak berapa sibuk dan dapat menikmati pemandangan Fujisan dari sudut yang berbeza dan dapat layan feeling macam dalam jdrama. Just tatau nape tak terlintas langsung nak pegi Lake Kawaguchi lepas dah shopping kat post office tu. Takpe. Kite simpan untuk stok tahun depan.

Selepas daftar keluar dari K’s House, kami menuju ke Gotemba Premium Outlet. Kami menaiki bas khas ke GPO, tiketnya boleh dibeli di kaunter bas di stesen tersebut. Harga tiket 1,510 yen. Perjalanan mengambil masa hampir sejam. (Tips: Duduk di tepi tingkap belah kiri, boleh tengok view Tasik Yamanako yang cantik)

DSC09704 DSC09705
DSC09719 DSC09720

Sebaik sampai di GPO, (outlet membeli belah yang berlatar belakang Mt Fuji yang majestic itu), kami meninggalkan backpack di dalam locker dan terus mencari food court, sebab kami semua dah kelaparan especially aku yang x breakfast lagi. Lepas pusing punya pusing, kami beli octopus tako dan sandwiches dan salad. Sedap takoyaki tu, sampai Bff aku yang tak suke tako pun boleh beli 2nd round pastu. Eh..tetibe baru aku terfikir sos teriyaki tu apekah bahan2nya. Takpelah dah makan kan.

DSC09751

DSC09732

DSC09756

DSC09757

DSC09759

DSC09747

GPO ni not bad la, tapi sebab ade byk brand aku tak kenal dan masa pun x byk sgt, aku rasa so so jelah. Tapi kalo korang decide nak masukkan dalam itinerary, pastikan korang singgah kedai Plaza. Barangan dalam kedai ini banyak yang cool2 dan harganye x mahal. (Tips: Pegi GPO Information/Visitor Centre untuk amik booklet diskaun)

DSC09752

Around 4 petang, kitorg bergegas nak kejar free shuttle ke Gotemba station. Tapi bas dah penuh la plak, tak pasal kenalah naik teksi sebab nak kejar train. Sampai je Gotemba sehinggalah ke stesen Odawara ade banyak jugalah adengan berlari sebab kami nak mengejar trip terakhir Ltd Express Wide View Takyama. Tapi aku rasa pelarian yang paling rasa macam nak mintak nyawa bila nak mengejar Shinkansen Hikari kat Odawara Station. Dengan backpack berat gile lagi dan muatan tangan yang lain, bila dapat je masuk aku terus je duduk kat seat yang masih kosong.  Serious, aku memang rasa macam boleh pitam masa tu, jantung rasa macam nak terkeluar. Feeling guilty gak laa, sebab aku selamba terus duduk dulu while bff aku belum jumpe lagi seatnye, tapi, kalo aku pitam nanti lagi menyusahkan.

Lepas sejam lebih perjalanan, kami sampai di stesen Nagoya, dan terus membuat reservation seat untuk train ke Takayama. Mungkin sebab ini merupakan trip terakhir untuk hari tu, koc kami kelihatan kosong. Tapi kami suke, sebab kami boleh conquer train, almaklumlah perjalanan memakan masa 2 jam setengah, boleh laa tido dengan aman damai. Namun, bebudak ni boleh segar bugar dan sibuk menghiburkan kami dan penumpang2 yang lain. Seb baiklah tadek orang komplen, siap ada mamat Jepun belanja air lagi. Kami sempat berbual2 dengan mamat Jepun tu, friendly mamat tu, tak kisah pun nak tunjuk gambar niece die yang comel tu.

Setibanya di Takayama, kami terus menuju ke J Hoppers, penginapan satu malam kami. Ingatkan Kawaguchiko dah cukup sejuk, rupanya Takayama lagi sejuk! Masih ade lagi gumpalan2 salji di tepi jalan, di atas rimbunan pokok hiasan. Ketika kami sedang mencari lokasi J Hoppers, tetibe mamat Jepun tadi muncul, rupenya dia dok perhatikan kami, mungkin memastikan kami selamat sampai ke destinasi kami. Selepas memastikan destinasi kami, mamat Jepun tolong tunjukkan jalan kat kami. Lepas tu baru lah die balik. Wah, caring sungguh, rasa menyesal pulak tak mintak contact no. menyesal sungguhhhhh.

First impression bila sampai kat J Hoppers adelah, okay tempat nie x ‚Äėwarm‚Äô macam kat K‚Äôs House haritu. Dahlah lobi nye sejuk and gloomy. Shower room pun kat ground level, memang aku dah bayangkan kesejukkan yang aku bakal alami esok. Aku terus naik atas, ingatkan nak baring2 gitu dan pegi masak magi untuk dinner, tapi, entah bila masa aku tengah belek2 fb, aku boleh terus tertido sampai keesokkan paginya.

_____________________________________________________________________

Transportation cost

  1. Bus from Kawaguchiko to Gotemba Premium Outlet = 1,510 yen
  2. Cab from GPO to Gotemba Station = 920 yen/4 pax

Train Route and Cost

  1. Gotemba via JR Gotemba Line to Matsuda = 500 yen (JR Pass)
  2. Shin-Matsuda via Odakyu Odawara Line Exp. to Odawara = 220 yen (suica)
  3. Odawara via Shinkansen Hikari to Nagoya = 8,420 yen (JR Pass)
  4. Nagoya via Ltd Express Wide View Hida Takayama to Takayama = 6,030 yen (JR Pass)

Accumulated train cost against JR Pass : 29,580 yen . JR Pass 29,110 yen. Berbaloi2, baru hari ketiga pas activate dah utilise 100%. Ade 4 hari lagi. X sabar nak jumlah penjimatan.

Travelog ke Negara Matahari Terbit 06 : Mount Fuji Menggamitku Untuk Datang Lagi ke Jepun

Pagi2 lagi aku dah bangun, packing backpack aku dan bergegas keluar untuk menyelesaikan beberapa misi penting. Almaklumlah, kami bakal meninggalkan Tokyo untuk menuju ke Kawaguchiko tengahari nanti.

Pagi ni, aku kuar jalan sorang aje dengan berbekalkan sense of direction aku yang reliable itu. Lagipun x perlu risau, Allah kan ade. First stop, aku adelah menyusuri tepian sungai Sumida. Sambil membayangkan betapa indahnya bile deretan pokok sakura itu bila sudah berkembang mekar nanti. Dari situ aku boleh melihat lebih dekat Tokyo Skytree, satu lagi menara ikonik di Tokyo.

Untungla sewa apartment dekat dgn Ban Dai..boleh jumpe abg Ultraman

Untungla sewa apartment dekat dgn Ban Dai..boleh jumpe abg Ultraman

Si Doraemon comel. Nak pinjam pintu boleh tak?

Si Doraemon comel. Nak pinjam pintu boleh tak?

AnpanMan. Kegilaan budak2 jepun.

AnpanMan. Kegilaan budak2 jepun.

Sumida River Cruise at Sumida River

Sumida River Cruise at Sumida River

???????????????????????????????

Tokyo Skytree dan dedahan pokok sakura. Cube bayangkan viewnye kalo dah penuh bungaaa

Tokyo Skytree dan dedahan pokok sakura. Cube bayangkan viewnye kalo dah penuh bungaaa

Serene and peaceful bila tak ramai orang nie. Kalo x sebab kejar masa nak je jalan sampai hujung sambil amik angin

Serene and peaceful bila tak ramai orang nie. Kalo x sebab kejar masa nak je jalan sampai hujung sambil amik angin

DSC09501

Setelah puas menikmati pemandangan, aku segera menuju ke Nakamise Dori untuk membeli souvenir murah yang tak bape murah pun. Aku sempat membeli fridge magnet dengan harga 350-380 yen sekeping dan sehelai tshirt berharga 1,000 yen sebelum bergegas pulang kerana aku sebenarnya dah mula pening dengan keramaian orang yg tiba2 dan juga terik matahari pada ketika itu.

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Nakamise Dori.

Nakamise Dori.

Nakamise Dori

Nakamise Dori

Lebih kurang pukul 12 tengahari kami mengucapkan selamat tinggal kepada apartment yang kami telah duduki selama 5 malam itu. Thanks Satoshi for the hospitality!

Bye Tokyo. Nanti kitorg dtg balik bila pepohon sakura dah penuh dgn sakura ye.

Bye Tokyo. Nanti kitorg dtg balik bila pepohon sakura dah penuh dgn sakura ye.

Plan asal nak singgah Nippori Fabric Town, tp aku masih sakit perut hari tu, jadi tetibe aku emo malas nak angkut backpack yg berat tu ke hulu ke hilir. Sudahnya, kami terus direct pegi ke Kawaguchiko. Lagipun, kami memang ade plan nak patah balik ke Tokyo nanti, jadi sempat sangat nak singgah ke Nippori nanti.

Kami bertukar 2 tren sebelum sampai ke stesen Otsuki untuk menaiki tren Fujikyu Railway ke Kawaguchiko. Kebetulan pulak, ketika kami hendak membeli tiket utk ke kawaguchiko, ade special viewing train Fuji Tozan Densha yang bakal membuat perjalanan ke Kawaguchiko. Jadi kami membayar extra 200 yen untuk menaiki tren tersebut. Train ini berbeza dengan train Fujikyu Railway yang biasa; dari segi exterior dan juga interior yang semuanya daripada kayu, malahan letak susun kerusinye pun istimewa kerana ada yang menghadap wide view window untuk penumpang menikmati pemandangan indah Gunung Fuji nanti.

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Dalam perjalanan, train attendant akan memberitahu penumpang pemandangan2 menarik yang bakal dilalui keretapi nanti, malahan nak tengok tingkap dari belah kiri/kanan akan turut diberitahu. Tapi, kemuncak perjalanan tren adelah apabila dapat melihat sendiri keindahan luarbiasa Gunung Fuji. Subhanallah, another majestic view yang buat aku speechless selepas 12 Apostle. Aku doakan korang semua diberi peluang dan rezeki yang lebih untuk datang ke jepun dan lihat sendiri keindahan Gunung Fuji ni. Kalo korang tatau, Gunung Fuji ini adelah salah satu UNESCO World Heritage Site tau.

???????????????????????????????

DSC09607

Aku bertambah suka sebab, diorg ni bijak bila diorg kurangkan kelajuan keretapi utk kami semua menikmati pemandangan dan mengambil gambar dari dalam train. Nak lagi best, train berhenti selama 10 minit di stesen  utk memberikan peluang penumpang bergambar dengan special train dan juga mengambil gambar mt Fuji. Kalo nak tahu lagi lanjut pasal operasi tren ini dan special train yang lain, boleh cek kat website Fujikyu Railway ye.

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Dalam sejam perjalanan, akhirnya kami sampai Stesen Kawaguchiko. Inilah dikatakan, kite hanya merancang Allah yang menentukan. Sebaik saja kuar dari tren, kami disambut dengan hujan salji. Bebudak la yang paling excited, kami wat lek2 saja (walhal kami pun excited jugak).

Untuk penginapan di Kawaguchiko, kami memilih utk menginap di K’s House yg kami reserve melalui Hostelworld.com. Bagus banyak guesthouse ni. Bukan bagus tang free shuttle saja, tapi tang staff diorg yg friendly, lobi yang sgt cozy dan warm, katil yang selesa dan jugak shower yang best! Silalah pilih K’s House kalo nak datang sini. Korang bawak anak2 kecik? Pun okay je. Boleh reserve bilik private ensuite (bilik air ade skali).

Lepas check in, kitorg makan petang+pre dinner sebelum pegi tengok sunset dalam keadaan sejuk gedi tu. Kalo nak compare weather sini dengan Tokyo, kat sini memang lagiiii sejuk.  At least kat Tokyo, masih positif lagi suhunye, kat sini sampai mencecah -5 degree. Beku.

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Sebenarnya, kami langkah kanan haritu, sebab pada malamnye ade sambutan anniversary ke 8 K’s House Mt Fuji. Jadi, aktiviti malam, dinner dan entertainment kami malam itu semuanye foc. Aktiviti pertama kitorg buat adelah sushi making. Seumur hidup duk makan sushi kan, so for the first time, aku belajar camne nak buat sushi. Kacang je buat sushi ni. Tak payahlah aku nak explain panjang lebar. Boleh tengok kat youtube.

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Itulah Japanese Harp. Walaupun lagunye simple je, tp still menghiburkan kami.

Itulah Japanese Harp. Walaupun lagunye simple je, tp still menghiburkan kami.

Yummy cake!

Yummy cake!

Kitorg tak risau pun kalo ade sake dlm sushi, sbb staff kat situ mmg aware pasal diet pemakanan tetamu diorg, jadi diorg bgtau kitorg diorg gune substitute ingredients. Dan menu2 yang lain pun sume seafood base dan jugak salad. Sambil2 menikmati makan malam, kami dihiburkan dengan persembahan muzikal menggunakan Japanese harp oleh ex-staff situ. Mengasyikkan jugak ye lagu2 yang dimainkan menggunakan Japanese Harp ni kan. Parti diakhiri dengan acara potong kek dan bergambar beramai2.

By the time dah abis makan ni kan, aku dapat rasakan plan asal aku n bff nak beronsen bakal ke laut, sebabnye mata masing2 dah berat dan malam pulak semakin sejuk, last2 kami semua pakat tido awal jelah.

p/s: Second time jumpe Malaysians kat sini. Semuanye baik2 dan tak sombong. We even chatted for a while. Bagus2.

_________________________________________________________________________________________________

Train Route

1. Asakusa via Ginza Line to Kanda = 170 yen

2. Kanda via JR Chuo  Special Rapid Service to Takao and change to JR Chuo Line for Otsuki Station = 1,490 yen (JR Pass)

3. Otsuki to Kawaguchiko via Fujikyu Railway = 1,140 yen + 200 yen (for Fuji TozanDensha)

Total cost: 1,510 yen (no JR Pass) and 1,490 yen (JR Pass)

Accumulated train cost against JR Pass: 14,630 yen

Travelog ke Negara Matahari Terbit 05: Begini Rasanya Duduk Dalam Freezer

Mukadimah

Kalo pegi Tokyo nak tengok sakura, tapi kuntum2 sakura masih malu2 kucing lagi nak keluar, ape korang nak buat ye?

Macam kitorg, mujur la aku kutip macam2 phamplet kat Matta Fair, boleh terselit satu phamplet nie promotion pakej ke Gala Yuzawa Snow Resort. Memula, kami tak amik port pun pasal Gala Yuzawa ni. Tapi, selepas  beberapa ramalan sakura macam akan kuar akhir Mac, kami decide untuk masukkan Gala Yuzawa dalam itinerary. Yelah, if you can’t get the cherry blossom, sekurangnya dapat merasa winter dan main salji pun bagus jugak. Begitulah mukadimahnye camna kami boleh pegi main salji tatkala dah tadek salji kat Tokyo tu.

_________________________________________________________________________________________________

Berbalik kepada Misi Hampir Mustahil utk Kejar Shinkansen, yang aku gembar gemburkan dalam entri yang lepas. Pagi tu, kami kuar awal walaupun agak tersasar sikit dari jadual, tapi still okay. Sampai je Tokyo Station, kami bergegas ke JR office untuk menukar JR Pass 7 days kami. (JR Pass 7 hari harganye RM902, beli dekat JTB, Isetan KLCC) Alhamdulillah, proses penukaran JR Pass berjalan lancar dan staff situ siap2 tolong reservekan seat dalam Joetsu Shinkansen tu dan selepas itu, dengan segeranya staff2 kat situ suruh kitorg lari kejar tren yang nak berlepas lagi 3 minit! Yeay! Pagi2 dah pecut 100m. Mmg terus segar bugar laa lepas tu. (Tips: Obviously..made up your mind bila nak start pakai pass tu dan kalo ade masa terluang, tukarlaa JR Pass tu siap2 dan bagitau bila korang nak activate pass tu)

Nampak je shinkansen Tanagawa MAX tu, kami terus naik, koc kat mana tu belakang punye cite (Tips: Ini adelah common sense. Kalo dah lambat, tak payahlaa sibuk nak cari koc korang dari luar. Yang penting, tren korang naik tu betul n korang dah masuk dalam tren. Lepas tu barulah cari koc dan seat korang) Misi Hampir Mustahil utk Kejar Shinkansen sukses!. Boleh sampai awal dan main dengan puas walaupun amik pakej half day saje nanti.

Dari Tokyo ke Gala Yuzawa, perjalanan mengambil masa kira2 1 jam lebih. Sebenarnya jauh jugak Niigata Prefecture dari Tokyo. Tapi kalo dah naik shinkansen yang kelajuannye mencapai 280++km/j, (fyi, jarak dr Tokyo ke Gala Yuzawa is around 200kms) memang cut2 short punyalah tempoh perjalanan. Eh lupe plak..woot2! Achievement unlocked! My first shinkansen.

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Anyway, shinkansen tu berenti kejap kat Echigo Yuzawa sebelum meneruskan perjalanan ke Gala Yuzawa. (Tips: Around 15 minutes sebelum sampai Echigo Yuzawa tu, korang patut tengok view kat luar. Sangat indah! Breathtaking view omputih kata. Bukit bukau masih bersalji. Salju betul pemandangan waktu tu.) Lepas je kuar dari train station, kitorg terus pegi first counter. Sebelum sampai kaunter ni, adelah lebih baik kalo korang dapat decide in advance ape aktiviti korang nak buat kat atas nanti; ski/snowboard/sled.  Sebab, selain dari beli tiket utk gondola and chairlift, ade lagi byk benda korang nak setelkan pastu. So don’t waste time. Rate untuk aktiviti adalah seperti ini (source: Website Gala Yuzawa):

Lift and gondola

Ticket price untuk gondola dan chair lift.

Price for rental

Kadar sewaan untuk equipments and wear.

Sebagai first timer, kitorg pilih nak main sled saje. Lepas tu, staff situ tanye kalo kami ade JR Pass, then kami tunjuk pass kami, pastu eh dapat 950 yen (instead of 1,950 yen) je sorang utk sled set! Unsangkarable in a good way. Lepas tu, kitorg pegi bahagian rental plak, nak collect sled. Sebelum tu, bolehlaa try2 boots kat luar untuk penentuan size boot korang nanti. Untuk wear rental ni, ade rate yang lain pulak. So aku bayar 1,950 untuk ini.

Selepas selesai dengan urusan sewa menyewa, kitorg tukar baju dalam bilik persalinan yang lengkap dengan locker, toilet dan powder room. Sewa locker ni boleh tahan mahal, iaitu kira-kira 1,000 yen untuk yang amik half day pakej, tapi berbaloi untuk yang full day. (Tips: Locker ni tak besar sgt tapi panjang ke dalam, jadi kalo pandai susun barang, boleh muat 2-3 org punye stuff, boleh jimat skit kos locker ni)

Kami menaiki gondola untuk ke sledding area. Masa ni memang dah sejuk tahap dlm freezer gamaknye, sampai cakap pun keluar asap. Hehehe. Ketika dalam gondola menuju ke atas bukit, makin membara rasa excited bila tengok pemandangan bukit, pokok2 yg diselaputi salji, indah kemain. Keluar saja gondola, kami terus menuju ke sledding area.  Rasa jealous jugak bila tengok pengunjung yang datang bermain ski dan snowboard. Yelah, hanya mereka yang bermain ski dan snowboard dibenarkan menaiki chairlift. Pastinya view dari ketinggian yang lebih tinggi berganda indahnya daripada apa yang sedang kami lihat sekarang. Bersyukur kerana akhirnya dapat jugak merasa main salji, cuma mungkin di lain kali, kami akan mencube bermain ski plak, mungkin di Hokkaido yang terkenal dengan powder snow tu. Insya Allah.

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Sledding area tu taklah besar¬† sangat, tapi cukup luas¬†untuk kami berguling2, baling2 snowball, membina snowman/Olaf, bermain sled, bergamba/merakam video dan juga ‘berenang2’. Mulanye, risau jugak kalau budak2 tu x dapat menahan kesejukkan, tapi rasenye memang x bertempat kerisauan kami, bila diorglah yang paling teruja bermain dengan salji, siap baring dan berenang lagi. Dahlah snow kat situ lembut dan halus, lagi syioklaa diorg bermain (Eh, kami lagi syiok main salji, tapi aksi2 kami tak sesuai untuk tatapan umum..immaturity theme applies..hahahaha) Aku sempat¬†3-4 round sledding, nak berjoli sakan sangat, aku tengah sakit perut plak hari tu (kan..dalam2 byk2 hari, hari g main salji plak nak sakit mcm2. Sigh.)

???????????????????????????????

X menyempat2. kat entrance pun dah excited nak main salji bebudak nie

???????????????????????????????

First timer. masih belum tahu fungsi sebenar sled. disangkakan besen agaknye bebudak ni.

???????????????????????????????

Taklimat cara sledding yang sebenar.

???????????????????????????????

untungla..malas nak jalan ade mak pak boleh tolong tarikkan.

???????????????????????????????

Napelah kite tak nampak playground ni tadi. Kalo kite tahu ade playground nie, tak payah g main kumpul salji dlm sled tadi..

???????????????????????????????

Hokkaido..nantikan aksi2 ski kami tahun hadapan!

Lepas dah puas main; 2 jam kemudian, kitorg memanaskan diri dengan hot Royal Milk Tea dari vendor machine dan turun ke platform dengan menaiki gondola. Selesai menukar baju dan menyerahkan kembali barang sewaan, kami singgah di souvenir shop untuk membeli cenderamata buat kenangan sebelum pegi ke kaunter JR untuk mereserved seat. Bila dapat tahu yang kami baru terlepas shinkansen, dan perlu menunggu hampir sejam untuk shinkansen seterusnya, kami decide untuk makan tengahari disitu. Mungkin kerana cuaca sejuk dan hati gumbira, rasa sedap terlebih plak lunch kami haritu.

Nway, time nak balik, dalam shinkansen boleh pulak terjadi kejadian yang tidak kami sangka. Tatkala kami beria bertegas dengan penumpang yang kononnya duduk di seat kami di dalam train, tetapi rupa2 nya diorg yang betul, tiket kami tu yang staff di JR station tu yang tersalah print tahun (23 March 2016 . . . ). Lepas beria memohon maaf, kami membawa diri duduk di tempat yang masih kosong. Rasa panas jugak muka ni walaupun masih ade saki baki sejuk dalam badan ni. (Tips: Always double check everything, benda x best biasanya terjadi bila kita cuai dan leka) Seb baik ade konduktor dtg menyemak tiket, selepas menunjukkan JR pass dan tiket yang tersalah reserved tu, konduktor membawa kami ke koc yang masih mempunyai tempat duduk yang tidak direserve. Lega. Walaupun kecewa tak dapat tengok view bukit salji last kopek, tapi at least bila dah dpt seat, sekurangnya bolehlaa aku tido sekejap.

Sebenarnya timing dah lari sikit, so kami pun tukar plan dari nak beli kain kepada beli poskad. Dari Tokyo Station, kami menyinggah ke post office yang berdekatan dgn Tokyo Station utk shopping postcard dan hantar postcard sebelum kembali ke Asakusa. Sedar x sedar, malam itu adelah malam terakhir kami di Asakusa. Jadi kami pun pegi laa menjenguk Kaminarimon Gate, Sensoji Temple dan Nakamise Dori. Nakamise Dori ni adelah area utk shopping for souvenir yang popular di Asakusa. Barang2nye menarik jugak, tapi kalo dah matahari segalah baru nak pegi, good luck ye nak berasak dengan tourist2 yang lain. Kebanyakkan kedai kat situ by 8 pm dah tutup belaka. Bff aku sempat beli beberapa souvenir siap2, gusar kalau tak sempat nak menyinggah esok pagi.


???????????????????????????????
???????????????????????????????


???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Untuk menutup tirai malam terakhir di Asakusa, kami menikmati dinner sashimi dan tempura sedap di sebuah restauran sushi dan sashimi. Ni lah yang aku suke orang Jepun, memang bersungguh melayan pelbagai soalan yang kami ajukan. Bagitau yang mana ade mirin, yang mana tak. Siap rekomen menu dan yang paling best, buat kuah special utk tempura yang sedaaap itu. Kitorg pilih untuk try satu set sashimi, yang ade around 10 jenis sashimi for approx RM120 per set; termasuk sea urchin! Memang puas hati oi makan.

???????????????????????????????
???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Nota: Ski resort ni hanya akan dibuka sehingga awal Mei. Bagi tahun ini, ia akan dibuka sehingga 6 Mei 2015. Tapi, aku suggest cek dulu website sebelum nak pegi. Untuk maklumat lanjut, boleh laa melayari website Gala Yuzawa kat sini: http://www.galaresort.jp/winter/english/

_________________________________________________________________________________________________

Train Route

1. Asakusa via Ginza Line to Ginza and change to Marunouchi Line for Tokyo Station = 200 yen for Toei (use Metro Pass) 

2. Tokyo to Gala Yuzawa via Joetsu Shinkansen = 6,570 yen (use JR Pass)

3. Gala Yuzawa to Tokyo station via Joetsun Shinkansen = 6,570 yen (use JR Pass)

4. Tokyo via Marunouchi Line to Ginza and change to Ginza Line for Asakusa = 200 yen (use Metro Pass)

Total train cost: 400 yen (use Metro Pass) and 13,140 yen (use JR Pass)

Accumulated train cost utilising Metro Pass : 1,950 yen. Hari last untuk gune Metro Pass. So, keputusan untuk beli Metro Pass 3 hari adelah tepat. Kos 1,500 yen, tapi kadar penggunaan adelah 1,950 yen.

Accumulated train cost utilising JR Pass: Harga JR pass untuk 7 hari adelah 29,110 yen. Penggunaan harini dah cover 45% of utilisation rate.

Travelog ke Negara Matahari Terbit 04 : Bungkus FairladyZ Satu!

Harini kitorg nak menjelajah keluar dari Tokyo Prefecture, jadi 1/2 way pakai Metro Pass lagi half way kena bayar untuk train fare sebab keluar dari Tokyo Metro’s jurisdiction. Before that, saje nak bagitau, harini kitorg pack bihun goreng (guna perencah adabi + mixed vege + crabstick beli) dan breakfast lempeng kosong (tepung+air+telur+garam) cicah sambal sardin (sambal kosong dr kl +sardin ayam brand)

Dari Asakusa, kami menuju ke Station Yokohama. Destinasi hari ini adalah Hara Railway Museum (Aku yang beria sangat macam budak kecik nak pegi muzium keretapi tu) Sebab nak tengok depan mata sendiri, diorama Tokyo Station dan Yokohama Station yg sangat cool tu.

Station Yokohama ni besar dan boleh tahan meriah. Ade Sogo mall entrance dari Yokohama Station. Kami berjalan keluar dari station dan melalui Minato Mirai Walk, untuk menuju ke Yokohama Matsui Building. Dan sedang dalam perjalanan, kitorg tersinggah agak lama kat Nissan Global Headquarters Gallery. Memule bff n suami dia yang excited, lama2 aku pun terjebak sekali. Mana tak teruja, bila dapat peluang duduk dalam keta2 mewah dan berposing tepi keta tanpa gangguan. Dalam banyak2 keta kat situ, FairladyZ lah yang paling aku suka, suka sangat sampai rasa nak suh diorg bungkus satu untuk aku la!

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Abaikan tudung kedut, bila teruja dapat bergambar dgn stering FairladyZ

???????????????????????????????

Aku rasa aku ade chemistry la dgn FairladyZ ni.. ;p

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Elok je park atas revolving stage. Nanti at certain timing, ade staff kat situ dok kat situ promo/brief pasal keta tu dekat pengunjung. Sambil keta tu dipusingkan oleh revolving stage tu

???????????????????????????????

???????????????????????????????

As it was school holidays, kat Nissan Gallery ni diorg ade wat special workshop untuk budak2. Tak lama pun dalam sejam lebih kot. Wpun dalam bahasa jepun, aku observe diorg tengah explain pasal Nissan effort to conserve the environment. At the end of the short programme, parents kena isi feedback form while the kids bg feedback diorg kat parents diorg. Cool.

Ralit pulak bila kat sini sampai nyaris terlupe kitorg ade plan lain. So, kitorg decide nak singgah balik on the way balik nanti dan terus menuju ke Mitsui Buidling. Hara Railway Museum terletak di tingkat 2, dan bayaran masuk 1,000 yen untuk dewasa. Walaupun narration dalam tulisan jepun, kitorang boleh dapat translation dengan menggunakan ecode apps dan menggunakan wifi Hara Railway Museum.

Verdict aku pasal museum ni, diorama of Tokyo Station memang impressive ( sangat detailed dan menarik) exhibition display menarik (banyak model2 train ekslusif), sesuai utk parents with kids sebab ade ruang rehat dan untuk budak bermain tapi rasanya tempat ni perlu perbanyakkan aktiviti interaktif dan lagi best kalo ade satu ruang pameran untuk cerita detailed evolution of shinkansen. Aku rasa kalo orang yang betul2 gila keretapi, memang puas hati jugakla bila tengok koleksi model keretapi yang ekslusif kat sini. Sila layan gambar2 dan video2 dibawah:

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Tokyo Station

???????????????????????????????

Lepas dah puas tangkap beribu gamba + merakam video dalam museum tu, kitorg pegi makan lunch kat park kat luar building. Perrrghh..mencabar betul nak makan time tu bila sesekali angin sejuk gedi datang menampar muka ni. Oi, sejuk gile! Kitorg dah halfway mengadap lunch, bff aku yang pegi family mart beli nasi dan miso sup bgtau sebenarnya dalam family mart ade tempat untuk makan. Ceh, dah nak licin mangkuk bihun, baru tahuu. Takpelah, kira ini jadi pesanan penaja untuk orang lain dan maybe peringatan untuk aku kalo nak bawak family datang sini nanti.

Bila semua dah recharge bateri, kitorg sambung lepak kat Nissan Gallery dan sebelum balik singgah kat kedai merchandise, beli souvenir buat tanda peringatan yang kitorg telah accidentally menemui tempat menarik untuk dilawati di Yokohama.

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

On the way balik, aku n bff sempat shopping kat Post Office Yokohama. Kat Jepun, budaya menulis surat dan poskad masih kuat lagi, jadi bila pegi post office ni kan, korang boleh jumpe mcm2 poskad dan koleksi setem yg cantik2 dan comel2. Tujuan asal kami singgah sebab nak beli poskad special. Poskad2 nie berbeza2 design mengikut speciality Prefecture yang ade di Jepun dan kena pegi the Prefecture’s local post office untuk dapatkan poskad tersebut, contohnye, bila pegi post office Yokohama, korang boleh dapatkan poskad Kanagawa (Tips: 1. Either korang simpan buat kenangan (sbb poskad ni designnye unik dan comel!) atau 2. Korang beli byk2 buat souvenir yang lain daripada yang lain.) Tapi kalo korang nak wat dua2, korang kena beli byk jelah – simple as that. Satu poskad 187 yen (around RM6). Untuk maklumat lanjut boleh click SINI.

So, aku end up buat 3 benda dekat post sini: 1. Beli poskad 2. Beli koleksi setem shinkansen 3. Tulis dan hantar poskad kat diri sendiri for 80 yen. Sampai pekerja post office tu tarik bidai pintu nak tutup post office tu baru kitorg sedar diri nak balik (walhal kitorg datang memang dah dekat timing nak tutup pun ;p)

DSC091501

Hantar poskad kat diri sendiri

wpid-imag3268.jpg

Stamp.

wpid-imag3269.jpg
wpid-imag3270.jpg

Memandangkan hari masih muda, kitorg decide nak singgah Harajuku. Kuar je stesen, kami disambut dengan crowd manusia berkerumun kay entrance Takeshita Street – sibuk ambil selfie dengan signboard (heh..cakap orang..pastu kami pun join selfie dengan signboard!) Masa aku lalu jalan ni, ade feel macam kat myeongdong skit. Tapi bezanye, myeongdong byk kedai kosmetik, tapi Takeshita Street banyak kedai baju yang cool/cantik and tak mahal sangat (around 1,000 -3000 yen tu byk). Tengah jalan2 cuti mata, tetibe ternampak Daiso, laju je kami masuk pulak tu. Daiso kat sini, most of barang2nye 108 yen ye harganye, kalo convert satu barang harga RM3.30 je weh!! Tp ade jugak barang yg dilabel kalo harganya bukan 108 yen. (Tips:1.Double cek harga sebelum nak borong barang kat Daiso. 2. Daiso adelah lubuk penting untuk beli souvenir. Ye, peduli ape harganya RM3.30, the thought that counts and paling penting ade udara jepun melekat kat barang tu)

???????????????????????????????

Lepas kuar Daiso, jalan depan skit jumpe Disney store plak. Kaki aku sebenarnya dah meronta2 supaya aku berhenti berjalan, tapi aku punye semangat nak membeli belah tengah memberontak, so kitorg naik jugak kat kedai Disney Store tu. Aku suggest kalo korang malas atau tak sempat nak pegi Tokyo Disneyland tapi nak beli merchandise Disney dari jepun boleh la singgah disini, menarik jugak barangnye, harganya pun boleh tahan jugak. Sebelum kami bergerak balik, kami sempat merasa japanese crepe yang famous tu (tp aku x bape nak layan makan sebab manis gile, maybe kena try lain kali) dan singgah makan kebab kejap sebagai pelapik perut.

Tapi sebelum kami naik train, kami detour kejap masuk drugstore, nak cari pampers kalo ade. Tapi end up, pampers tadek, tapi aku dan bff pulak terjebak beli perfume murah. Die dpt Incanto shine for 1,080 yen, aku plak dapat Incanto Bloom for 2,480 yen. Lepas tu kami sambung pencarian pampers utk anak bff aku kat kedai Papasu. Wah, kat sini bermacam jenis pampers ade. Korang yang travel dengan anak2 jangan amik enteng dengan hal pampers kat Jepun. Jangan dah tinggal satu je baru nak cari stok, sebab bukan senang nak cari pampers kat sini. So, maybe boleh take note on this drugstore yang ade kat Asakusa ni untuk reference korang.

Sampai kat umah, sebelum tido, aku dan bff buat perancangan (on food, type of activities, jr pass, schedule) pasal trip kami ke Gala Yuzawa esok pagi. Masa nilah, baru sedar kesilapan kami yang leka tak tukar waran tiket ke JR Pass siap2 siang tadi. Sebab alkisahnya, kami nak kejar shinkansen trip yang agak awal pada pagi itu, tetapi gap masa antara opening hours JR office dengan departure time tu skit sangat. Masa ni, aku dah dapat bayangkan, kami akan LARI lagi esok nanti!

Nota kaki: Gala Yuzawa tu Ski Resort.

_________________________________________________________________________________________________

Train Route

1. Asakusa via Toei Subway Asakusa Line to Sengakuji and change to Keikyu Main Line Rapid for Yokohama = 270 yen for Toei (use Metro Pass) and 310 yen for Keikyu Main Line

2. Yokohama via Tokyu Toyoko/Minatomirai Line to Shibuya and change to Tokyo Metro Fukutoshin Line for Meiji-Jingumae_Harajuku = 270 yen for Tokyu Toyoko and 170 yen for Tokyo Metro (use Metro Pass)

3. Omote-Sando via Ginza Line to Asakusa = 240 yen (metro pass)

Total train cost: 1,260 yen

Accumulated train cost utilising Metro Pass : 1,550 yen (Wow! baru hari kedua, kami dah fully utilised Metro Pass for 3 days tu (Harga pass: 1,500 yen). Terbukti, korang perlu consider pass ni, kalo korang banyak pakai Tokyo Metro. Nway, kalo camni, gayenye esok kitorg naik train Tokyo Metro FOC la kan)

Travelog ke Negara Matahari Terbit 03 : 10,000 Langkah Mengukur Bandar Tokyo

Ade orang tanye, aku pegi Jepun ni main redah je ke? Jawapan aku Yes and No. Yes untuk ade beberapa hari kitorg buat day trip main redah aje  dan No sebab sebenarnya kitorg ni siap 2-3 kali meet up untuk bincang itinerary dan selebihnya dalam Whatsapp. Agak2 jugakla nak meredah dengan 2 orang budak kecik plus suhu Jepun masa tu yang masih seperti suhu kat 2nd tier dalam peti ais tu.

Untuk dua hari yang berikutnya, kitorg memang tak ade detailed itinerary. Roughly, kitorg tahu yang kitorg nak pusing2 bandar Tokyo dan hari keesokkan harinya nak pegi Yokohama je. Sebenarnya bukan susah sangat pun nak last minute plan utk city tour, kalo ade map dan internet, insya allah sekejap je dah boleh setel planning. Masa bebudak n bapak budak masih lagi beradu, aku and bff diskas stop2 kitorg untuk Tokyo City Tour. ¬†Lepas buat kira2, kitorg bersetuju untuk membeli Metro Pass for 3 days untuk harga 1,500 yen (lebih kurang RM45). So, ini adelah route our simple Tokyo City Tour: Asakusa ‚Äď Ueno Station ‚Äď Akihabara ‚Äď Shinjuku ‚Äď Shibuya ‚Äď Roponggi ‚Äď Ginza ¬†‚Äď Tokyo Tower ‚Äď Asakusa (yang di strike out tu sebab kami kesuntukkkan masa, so decide untuk simpan for next trip)

Bff aku suggest from apartment kitorg tu untuk berjalan ke Ueno Station, tengok pemandangan. Lama jugak menapak tak sampai station nye. Tapi seronok jugak, feeling macam orang tempatan tengah ambil angina kat tepi jalan. Dari Ueno Station, kami menuju ke Akihabara. Orang kata sini syurga electrical and electronic appliances, memang ye pun, bersepah kedai electrical, gaming and macam2 lah. Rambang mata nak mula dari mana (kalau xde plan nak gi mana2, mau setengah hari kat sini je) . Akhirnya kami masuk Yodabashi. Dekat sejam lebih kat sini, almaklumlah dari konon cari earphone sampai ke beli hp wallet (sapelaa orangnye tu..tp justified purchases kan bff?). Kedai ni tax free (8% tau gst kat sini. Nangis jugak kalo shopping berpuluh ribu yen) tapi dengan syarat, lepas tolak tax free tu total purchases still around 10,000 yen kalo x silap. On top of that, kalo bayar guna kredit kad Visa dapat lagi 6% diskaun. So merasa kami 14% diskaun. Hasil belian; earphone, ipad holder, handphone holder dan bamboo stylus.

wpid-imag2980.jpg

wpid-imag2983.jpg

wpid-img-20150321-wa0015.jpg

Sebelum meneruskan perjalanan ke stop seterusnya, kami pegi kedai Sofmap. Misi kami, nak beli Metro Pass. Ape hebat sangat metro pass nie? Dengan metro pass ni, korang boleh suka suki naik tren dalam Tokyo (except JR) beribu kali pada satu harga. Metro Pass nie ade 3 jenis ‚Äď 1day, 2 days or 3 days. Dan bukan boleh beli kat mana2 saja. Ade selected outlet of Bic Camera dan Sofmap yang jual pass ni. Boleh cek kat sini untuk maklumat lanjut.

Kat Akihabara berlambak Sofmap, jadi bertanyalaa kalau tak mahu sesat dan buang masa. Lepas dah jumpe Sofmap tersebut, kami naik 2nd floor dan pegi beli 3 days Metro Pass for 1,500 yen. Bebudak 4 tahun ke 12 tahun half price kalo x silap. ¬†Cara nak pakai pass ni, ko slot je masuk kat gate tu, sape penah gune tiket lrt lame pasti korang cepat pick up. Lepas beli termelilau kat atas tu, eh…cool jugak barang kat kedai nie. Takpelah, masuk senarai next trip!

Dari Akihabara kitorg pegi Shibuya. Kalo Akihabara tu lubuk barang letrik dan gajet, Shibuya macam lifestyle and entertainment district, merata ade mcm2 mall, cafe and restaurant. Nway, masa nak cari exit keluar, termasuk kat Deepachika. Deepachika nie adelah macam food bazaar kat basement  departmental store yg mostly dipenuhi dengan bermacam2 jenis dessert yg comel n nampak seperti semuanye sedap gila. Aku hilang kewarasan kejap tgk bermacam dessert kat situ sebelum diheret disedarkan bff yang kitorg sebenarnya nak cari food court utk lepak makan bekal kitorg.

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Deepachika - Egg Puddings

Deepachika – Egg Puddings

Blueberry pie pun sedap

Blueberry pie pun sedap

Yang ni pun sedap

Yang ni pun sedap

Mementanglaa tgh musim stroberiii..

Mementanglaa tgh musim stroberiii..

Eh..tp ni lagi menarik

Eh..tp ni lagi menarik

Punyalah susah nak cari food court untuk lepak makan. Ade mall yang ade, tapi no outside food. Last2 kitorg cari kedai halal gune google map, naik turun pedestrian bridge dan berjumpelah kedai Hanasakaji-San (kedai Halal Shabu2 yang dah dicertified oleh Halal Malaysia). Kat sinilah aku merasa makan set dinner yang paling mahal seumur hidup aku. Ye, sememangnya ini amat bertepatan dengan tema percutian kali ni kan ‚ÄúAkan Sentiasa Ada Kali Pertama Untuk Semua‚ÄĚ. Mujur kami dah berjimat bagai dengan masak dan bawak bekal, aku rasa justified sangat nak merasa authentic Japanese shabu2.

ANNOUNCEMENT – Kat sini, aku ade tips penting! Buat reservation kalo korang nak rasa kedatangan korang disambut dengan penuh mesra. Sebab diorg mcm kaget sekejap bila kitorg dtg x wat reservation, so mcm suam2 kuku sahaja sambutan diorg. Tapi tak kisahlah, asalkan korang terima kami untuk jadi pelanggan korang time tu (sebab kami dah terlalu lapar dan cuaca yang semakin sejuk langsung tidak membantu mengurangkan rasa lapar).

Shabu2 kat sini, sedap jugak, cara nak makan senang je. Bagi air mendidih, masuk bawang n cili padi n sayur. Pastu masukkan daging ikut mane yg ko nak makan n bg masak skit n cecah dlm roasted sesame dip n makan. Disamping daging tu, ade bento set yang sedap, dan nasi. (Tips: Makan perlahan2, nikmati dan supaya memastikan korang boleh abiskan semuanye. ) Nampak je skit, tp lepas dah suap itu suap ini, tanpa sedar perut mcm dah x boleh nak isi dah. Harga set tu 4,500 yen. N kedai tu tutup pukul 8 mlm.

Menunggu broth mendidih

Menunggu broth mendidih

Lepas dah mendidih masukkan bawang dan cili padi

Lepas dah mendidih masukkan bawang dan cili padi

Sayur mayur untuk menjadikan makanan lebih berkhasiat

Sayur mayur untuk menjadikan makanan lebih berkhasiat

Pastu celur2 laa daging ni, n cecah dgn roasted sesame dip tu n pehh..sedapp

Pastu celur2 laa daging ni, n cecah dgn roasted sesame dip tu n pehh..sedapp

Bento set yg super delish.  My favourite salad sotong dgn ikan ape tah kat bawah tu.

Bento set yg super delish. My favourite salad sotong dgn ikan ape tah kat bawah tu.

Lepas dah kenyang, nak jalan pun rasa happy. Then, kami menuju ke area Starbucks, sbb nak tgk the famous shibuya crossing dari port yang baik punya. Kagum jugaklah tgk multicrossing tu. Sekejapan je sementara menunggu lampu merah, org yg menunggu nak melintas memenuhi setiap ceruk yg boleh lintas. Then bile dah boleh lintas, mcm ade keramaian pulak kat tengah2 jalan tu. Pastu tetibe the crowd dah disperse. Video akan diupdate lepas dah setel dgn conversion.

???????????????????????????????

Nampak x mamat tu cool je lintas sengsorang masa lampu melintas still merah? die tu pelakon. tgh shooting scene melintas jalan dgn perasaan yg melankoli kot. sbb diorg shoot tepi

???????????????????????????????

Shibuya at night

Shibuya at night

Dari Shibuya, kitorg menuju Akebanebashi Station – nak strike out wishlist aku eversince aku start tengok cardcaptor sakura; melawat Tokyo Tower. Overwhelmed bila kuar je station, dh boleh nampak Tokyo Tower yang gah berdiri tu dgn led pink dan biru, menyerikan view malam. Kitorg tak naik pun, sebab pegi nak amik gambar view dari luar dan lepas tu balik umah. Sbb dah kepenatan menapak lebih daripada 10,000 tapak pada hari itu.

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Anak my bff dgn Tokyo Tower

wpid-img_20150321_234739.jpg

nota kaki: I’m so missing the city right now!

________________________________________________________________________________________________

Train route and cost:

1. Asakusa to Ueno – walk.

2. Ueno – Akihabara (only 1 station) = 170 yen via Tokyo Metro Hibiya Line or 140 Yen via JR Yamanote Line

3. Akihabara via Hibiya Line to Ginza Station change to Ginza Line to  Shibuya = 200 yen (kami guna Metro Pass)

4. Shibuya via Hanzomon Line to Aoyama Itchome station change to Toei Subway Oedo Line to Akabanebashi = 280 yen (Metro Pass)

5. Akabanebashi via Toei Subway Oedo Line to Daimon Station change to Toei Subway Asakusa Line to Asakusa = 220 yen (Metro Pass)

Total train cost: 840 yen

_____________________________________________________________________________________________

Tips on Metro Pass:

1. Estimate total train cost berdasarkan destinasi yang hendak dituju.

2. Susun jadual agar semua perancangan aktiviti di Bandar Tokyo dapat dilakukan dalam tempoh 1, 2 atau 3 hari.

3. Digalakkan beli pass ni awal. Supaya boleh start utilise dari first station yang berhampiran dengan accomodation korang tu.

4.Its okay kalo nak beli metro pass awal, tapi pakai dua tiga hari selepas pembelian. Tapi  kalo beli untuk dua atau tiga hari, tak boleh pakai selang sehari. Kena pakai dalam tempoh 2 hari yang berturutan.

Travelog ke Negara Matahari Terbit 02 : Kesejukan Yang Menyapa

Aku Sejuk!

Syok betul tido berlapikkan tatami, dengan aircond semulajadi dan jugak heater yg memberikan rasa suam2 yg best kat bilik tu. TETAPI, bile dah bangun, pegi ke dapur, terus aku rasa kesejukkan yang amat sampai menggigit hingga ke tulang rusuk ni. Walhal aku dah pakai baju heatech extra warm+tshirt+fleece jacket+fleece socks kot. Mujur, toilet kat Jepun ade bidet dan dah setkan warmer seat on. Kalo tak ada semua itu, maunye aku menjerit kesejukkan oi. Lepas cuci muka, aku terus capai jacket dan turun ke Family Mart. Seronoknya bila dapat pegi Family Mart lagi! (sebab kat korea, aku rajin benar kuar masuk family mart. cari banana milk, so kira pelepas rindu skit la ni)

Memandangkan harini baru hari kedua, aku masih malu malu kucing untuk shopping sakan. Jadi aku sekadar beli barang dapur dan naik atas, memulakan tugas memasak breakfast dan makanan yang akan dipack untuk tengahari nanti. Lebih kurang mcm tulah rutin kami sepanjang 10 hari, aku masak breakfast n lauk2 utk dipack (sometimes bff aku pun masak) n die akan pack makanan tu dalam thermos container yg kitorg bawak. Sbb she knew best keperluan family die kan, so mmg aku serahkan hal bungkus membungkus dekat die.

Dekat pukul 10 pg, barulah kitorg memulakan perjalanan ke Tokyo Disneyland. Ade hati kan pegi theme park kuar timing sama dgn opening time diorg? (mestilah x bape kisah. sbbnye kitorg tak tahu yg kami¬†¬†bakal¬†erkesima tgk betapa ramainya manusia kat situ nanti) Hahaha…beginilah kaedahnya kalo keluar berjalan dgn bebudak kecik. Mmg suatu keajaiban kalo dpt kuar umah kul 8 pagi tau.

Personally, aku rasa sebagai¬†pengguna tegar public transport dan pengalaman naik tren kat Korea banyak membantu dalam navigasi tren system kat sini. Pada awal tu, aku mmg mcm tak fokus sgt pasal laluan2 tren ni, sebab teruja sgt. Tapi lepas 2-3 kali turun naik, Alhamdulillah dh boleh grasp how the system works. Kalo tak pernah guna public transport, ade kemungkinan besar akan culture shock skitla dgn train system. Tapi, kalo x malu bertanya pasti korang tak sesat jalan punya (kalo bertanya pun malas, silap haribulan boleh sesat bagai, end up bersiar dalam train station je tau) Sepanjang kat Jepun, kitorg sangat bergantung kepada apps ‚ÄúJapan Train aka Hyperdia‚ÄĚ dan Tokyo Subway utk additional reference masa kat Tokyo.

Dalam 50 minit turun naik tren, kitorg sampai kat Maihama Station. Dengan perasaan terujanye kitorg mara ke entrance Tokyo Disneyland. Sebelum masuk, ade bag inspection, bukan untuk makanan, tetapi untuk memastikan tiada barangan merbahaya dibawa masuk  dan juga utk memastikan guest mencabut go pro daripada monopod. Papehal pun, aku rasa decision kami beli tiket Disney n Usj awal2 mmg sgt berbaloi.Sebabnya, x payah buang masa nak beratur beli tiket especially time weekend. Tapi kalo nak beli kat sana jugak, sila lah datang awal ye.

Sebaik menjejak kaki ke Tokyo Disneyland, kami terkesima, bile tengok betapa ramainya manusia kat situ. Pada masa yang sama ada terselit rasa terharu, sebab akhirnya dapat juga jejak kaki ke Tokyo Disneyland (Kalo g Tokyo pun dah terharu bagai, kalo pegi Mekah nanti, mau ko nangis kot, emosi betul laa ko ni Nadiah)  Masih blur dengan hala tuju, kami amik show guide dan map, pastu  merancang show/parade yg kitorg nak tgk dan start round Disneyland. Bila tgk keramaian manusia pada hari itu (yang aku saspek berpunca daripada combo weekend+cuti sekolah), aku cam terus pasrah yg kitorg mmg kena lupakan sahaja hasrat nak naik rides2 yg fames kat sini. Yelah, nak pegi amik fastpass space mountain (Fast pass = express pass utk naik rides at specified time allocated) pun jenuh berasak dgn crowd. Kitorg hanya mampu geleng kepala tengok waiting time rides menjangkau 2 jam lebih. Sayonara sajelah.

Frozen Fever

Frozen Fever

Fatin & Elsa

Fatin & Elsa

Fastpass dah dalam tangan, kitorg pun pegi beratur nak cabut lottery utk front seat masa once upon a time castle projection. Beria kami beratur (dan berasak), alih2 pas scan ticket, dpt result yg kami x berjaya secure tempat. Keciwa punye pasal, kami pun membawa diri ke port mainan budak2 dan beraturlaa kami di Small World, Carousel, Snow White rides. Jadi laa kan..daripada tak naik pape. ;p

Kalo dapat loteri td, bolehlaa duduk kat benches ni

Kalo dapat loteri td, bolehlaa duduk kat benches ni

Feeling stairway in heaven

It's A Small World

It’s A Small World

It's A Small World

It’s A Small World

Lepas 2-3 rides, kami secure port baik punye utk menikmati lunch kitorg  yang sempoi tp sedap tu (nasi putih, sup telur kosong, carrot n ikan bilis goreng, sambal hitam dgn telur rebus). Bawak bekal dalam thermos container pun satu langkah bijak jugak tau Рiimat duit, jimat masa beratur,makanan masih suam2 dan yang paling penting tidak perlu risau dengan status halal makanan. Perut dah kenyang, park budak2 pun kami dah puas pusing, kami singgah sebentar di kedai souvenir. Rambang mata tengok pelbagai pilihan merchandise bertemakan Frozen, alice in wonderland, Cinderella. Tapikan bile masuk kedai lepas kenyang, mmg aku x selera nak membeli. Akhirnya aku tggu kat luar tgk bunga tulip pink kembang setaman tu.

???????????????????????????????
Colorful tulips

Culture kat theme park kat sini, sejam before parade, guests akan start mengcop tempat. Kebetulan kitorg dah setel makan, shopping, amik gamba dgn tulip, kami pun pegi cop tempat utk Frozen parade yang berhampiran dgn lokasi kami pit stop tu. Memandangkan kami antara org terawal yg dtg cop tempat, kami berjaya secure tempat depan skali. Yay! (Tips: bawaklaa tikar murah utk jadi lapik utk melepak/cop tempat kat theme park or park) Sementara menunggu, aku sempat lari kejap amik gamba castle, sbb time nie crowd dah hilang kemana2 ntah.

Castle

Castle

Castle

???????????????????????????????

Frozen show:

Frozen Show

Not bad laa parade Frozen ni. Seronok jugak aku menengoknye walaupun perkataan yang aku faham hanya time diorg nyanyi Let It Go tu je.

Then, kitorg layan cruise n train, beli popcorn n bergerak ke area Castle. Asalnya, plan nak tgk Once Upon A Time Castle projection kul 8.30 punye show, tp rupenye kami dh sangkut dekat crowd yang nak tgk show kul 7 punye. So kami layanlaa first round. First time tgk depan mata, aku rasa syahdu n sgt kagum dgn show tu. Best gile!! Tp view tak begitu memberangsangkan sebab view tepi, kami pun strategize laa for next show utk tgk front view punye. Cari punye cari, kami berjaya secure tempat yg quite okay, frust skit sbb x dapat betul2 front view, tp rupenye semua orang pakat duduk dulu utk tengok Electrical Parade. Dengan cuaca yg bertambah sejuk, kitorg layan parade yg meriah tu sambil makan maggi Royale in cup. Layan betul makan maggi panas2 time tgh sejuk gedi ni. (tips: gigih tak bawak air panas dalam thermos? Bagus thermos ni letak air kul 9 pg, kul 7 lebih pun still cukup panas utk buat maggi)

Kami nak naik cruise

Yeay. kapal dah sampai

Berkayak keliling pulau
Sunset

Electrical Parade

Electrical Parade

Tamat sahaja Electrical Parade, kami bergegas mencari tempat utk menonton Once Upon A Time Castle Projection, bila dah berjaya secure tempat betul2 tengah2 front view, makin terujalah kami menunggu show tu. Tak sia2 kami berdiri mempertahankan spot kat situ, mmg best view utk menikmati show tersebut. Bertambah kagum meskipun tengok utk kali kedua!

Once Upon A Time Castle Projection

Sebenarnya cabaran berasak2 dalam crowd mencari good viewing spot mmg tadeklaa seteruk mana kalo nak dibandingkan dengan cabaran berasak dalam kedai untuk membeli souvenir sebelum pulang ke rumah. Masa ni, aku mampu kata padan muka je kat diri sendiri, sbb sanggup menjebakkan diri dalam kedai yang penuh dengan manusia itu, walhal boleh je boleh beli siang tadi kan!

Namun, bukanlah seorang shoppers yg tegar kalo cabaran ini pun aku x mampu atasi kan. Akhirnya kuar masuk 4-5 kedai, aku berjayalaa membeli beberapa souvenir buat kenangan2.

Last minute shopping

Cinderella tengah tempah gown

Cinderella tengah wat fitting.

Bye2 Disneyland . Tatau bila akan sampai sini lagi

Bye2 Disneyland . Tatau bila akan sampai sini lagi

Selfie wif da crowd

Selfie seround

Nota kaki: Dulu stress kalo kuar lambat. Tp skang no more stress sbb aku fikir wat ape nak stress, bukannye tak boleh datang balik kan? Tp kalo dgn geng2 single no kids involved ‚Äď lateness camni mmg total NO.¬†Setiap saat adelah sangat berharga!

Travelog ke Negara Matahari Terbit 01 : Akan Sentiasa Ada Kali Pertama Untuk Semua..

Lari!

Perjalanan aku ke Jepun dimulai dengan pecutan 100 meter mengejar panggilan terakhir untuk¬†boarding di KLIA2.¬† Ceritanya, aku tersalah bajet masa – biasanya 3-4 jam sebelum penerbangan aku sudah terpacak di kaunter ‚Äúbaggage drop‚ÄĚ. Tapi kali ini aku hanya tiba lebih kurang 2 jam sebelum waktu penerbangan. Jadi selepas check in backpack 17kg tu, aku dan bff (n family) terus bergegas menuju ke Departure hall. Mulanya aku fikir nak terus ke ruang menunggu, tapi bila memikirkan servis makanan di atas flight yg mungkin hanya akan dilakukan 1-2 jam selepas penerbangan (dan aku masih belum makan walau sesuap nasi ketika itu), kami berhenti makan sebentar di Popeye sebelum melalui 2nd screening. Seperti yang aku jangka, selepas selesai 2nd screening, terdengar panggilan untuk penerbangan ke Haneda. Apa lagi, pecut 100 meter la kami, adrenalin rush sgt!

Ekor kapal.

Adekah sbb aku beli tiket promo memberikan tiket automatik untuk aku merasa duduk di bahagian ekor kapal terbang? Ade sedikit rasa tidak senang bila dapat tahu aku bakal duduk di bahagian ekor kapal terbang lagi2 dalam Airbus A320 (Duduk di bahagian ekor kapal terbang menjamin anda merasa gegaran paling byk drp bahagian tempat duduk yg lain). Tapi bila dah duduk kat seat belakang tu, aku fikir not bad  lah duduk kat belakang skali ni Рaisle luas sbb susunan seat 2-3-2, agak dekat dgn toilet (toilet tu macam hampir ekslusif digunakan orang yang duduk dibelakang sahaja) dan servis makanan bermula daripada belakang!

Org seat sebelah

Syukur kepada Allah kerana perjalanan selama 7 jam tidak mengalami sebarang turbulence yg teruk. Dapat plak orang seat sebelah budak muda yg banyak tido disepanjang perjalanan dan hanya dua kali minta laluan utk ke tandas. Rupenye bukan utk ke toilet semata tp utk mengambil wudhu’. Jarang2 aku jumpe lelaki sembahyang dalam kapal terbang. Bila aku curi2 tgk ketika mamat tu tengah isi arrival form, oh baru 23 tahun budak nie, mude sgt kalo nak ngorat ni, terus aku sambung tido balik laa lepas tu.

Haneda Airport

Aku igt airport Haneda ni besar. Tapi sempoi je airport nie. Tp jauh jugaklaa dari disembarkation point nak menapak ke immigration. Mujur banyak walkalator. Setibanya di kaunter, aku serahkan passport dan arrival form. Sekarang tidak perlu memohon visa untuk melancong ke Jepun, tapi kena pastikan passport tu comply dengan ICAO. Selepas mengambil beg kami ke kaunter kastam utk mendeclare beras dan sosej yg dibawa. Rupenye kami perlu mengisi borang import utk personal use utk membawa masuk beras. Sebelum mendapat pelepasan dari kastam. (Tips: Pack makanan kat tempat yg mudah dicapai. Supaya cepat skit proses di kaunter import)

Asakusa, kami datang.

Selesai urusan di airport, kami menghala ke Keikyu train station utk menuju ke rumah di Asakusa. Mujur kami masih sempat mengejar train ke Asakusa dan terima kasih Allah kerana memberikan bantuan dalam bentuk student Malaysia di Jepun yg tolong menunjukkan jalan kat kami. Aku rasa lega bila kami selamat sampai di stesen Asakusa. Keluar saja dari lif stesen, kami disambut dgn udara yg segar dan sejuk, saki baki kesejukkan musim winter agaknya. Mungkin kerana terlalu teruja kerana akhirnya sampai juga kat tanah matahari terbit ni,Tiba2 kurang rasa kepenatan memikul beg dibelakang

Selepas check in ke apartment, kami terus memunggah isi bag, menyusun pelbagai bekalan makanan yg dibawa dari Malaysia, melapik perut dengan milo panas dan ZzzZZzz dengan mimpi manis.

Update: Kami sewa apartment 2 bilik nie via Airbnb. Ade satu bathroom and satu toilet. Kitchen die kecik je, tp cukup selesa utk kami ber lima lepak duduk makan and untuk bebudak ni berlari2. Tapi duduk apartment, kena faham culture diorg yang tak suke bising dan sampah kena asingkan ikut jenis2. Itu no problem for us. Kalo korang punye travel group dlm 5-6 orang aku rasa sedang elok rumah ni untuk korang. Ni profile apartment kami duduk tu : https://www.airbnb.com/rooms/3886644

Bekalan makanan kami.

Bekalan makanan kami.

Nota:Ramai yg fikir tidak apa kalo tidak membuat declaration, tp kan rasa lebih tenang kalo kite buat declaration.

Train route: Haneda Airport via Keikyu Line tukar train kat Sengakuji ke Asakusa Line (around 40 minit) = 620 yen seorang. (Around RM20, murah Rm15 daripada KLIA Ekspress)