Tips nak melepasi kaunter imigresen di luar negara..

Tips untuk first time traveller or utk dijadikan sbg peringatan..

1. Prepare itinerary. Print boleh. Softcopy pun boleh. Kalo pegi in a group..pastikan semua ade copy itinerary. Lebih baik before pegi, discuss route perjalanan dgn semua.
2. Beli tiket pegi balik. Book accommodation. Print or softcopy. Mana2 pun boleh.
3. Kalo korang ade bajet schedule bawak skali in case depa mintak. Boleh justify nape korang bawak duit sebanyak yg korang bawak tu. Tp pengalaman saya mmg x penah tanye bawak bape byk duit pun. (Ni x print pun, sbb mmg buat bajet pas buat itinerary utk tgk bape cash in hand nak kena bawak.)
4. Isi arrival form sesiap dlm flight. Mmg ade org x buat sbb xde pen. Hence bawaklah walau sebatang pen. Kalo dh tido masa stewardess pass arrival form..masa dh touchdown pun boleh observe org dok bawak kertas tu selit kat passport..masih belum terlambat nak isi dekat kaunter borang yg disediakan. Bukan isi kat kaunter immigration staff tu ye.
4. Bila nak isi arrival form tu, isi betul2.cek maklumat sama x dgn boarding pass, passport n alamat hotel..pastikan semua ruangan yang patut diisi telah diisi..boarding pass tu pun kena  tunjuk gak masa kat kaunter immigration..jd jgn hilangkan plak.
5. Jgn amik gamba kat kawasan immigration.
6. Pakai kemas and wear a smile. 
7. Bykkan doa agar dipermudahkan urusan
8. Lupe plak..belajar basic greeting. Bile smp kaunter bolehlaa..ohaiyo ke..konnichiwa ke.. 🙂
Additional tips:
9. Tunduk kan kepala tanda terima kasih lepas dpt approval. Arigatou – Akhmal Hisham
10. Inform Malaysian Embassy jgn lupa.Email ME kat mana2 country yg nak pergi (Lagi kukuh evidence ni kalau imi tak trust ke etc). Inform ME: 

1 – Travel date, naik ape, depart & arrival etc

2 – Attached itinerary

3 – State jugak tempat tinggal etc

4 – Bagi whatsapp no etc.

5-  Attached jugak passport for emergency purpose. Missing passport ke ape. Atleast imi ader copy jugak.

6 –  Print email conversation dgn ME tu.- Jaja Ibrahim (utk maklumat lebih lanjut boleh follow trail comment Jaja Ibrahim )
11. Beli travel insurance utk bukti yg we are medically covered sepjg trip. Walaupun takde duit cash byk at least hv an effort to show we are prepared for the trip. – Aziah Zakaria
Tp kalo dh buat semua ni masih x lepas jugak camne?? Anggap jelah takde rezeki utk masuk Jepun buat masa itu..tp jgnlaa berputus asa utk cube lg nnt. 🙂
p/s: Boleh diapply utk other overseas trip yg lain..

Advertisements

#ProjectShinkansen

It is weekend and after a super hectic week, decided need to have some ‘me’ time. And coincidentally, there is a special exhibition “Project Shinkansen” is on going at Isetan the Japan Store. So, here I am, who are on the way to be otaku densha, being excited watching the cute and cool diorama of Shinkansen.

Cool right? Other things that you can do and get at this exhibition are:

1. Redeem special tote bag and a note book by:

-‘Like’ the official FB page of Isetan the Japan Store

– Capture a photo and upload it at your fb wall with a hashtag #ProjectShinkansen

– Just show it to the staff manning the exhibition there 

I love the notebook..as it is a plain paper notebook..

2. Fill up a survey and get a coupon to redeem an Ekiben (Japan Train Station Bento) . This one is limited distribution only on specific days (mostly weekends)

3. Of course, you can take photos, videos and even selfies with the diorama:

4. Or taking photo at the photowall.


5. If you can’t get enough of the diorama, maybe you should consider to buy and build one at home. The Tomica store just nearby the exhibition. 🙂

So, if you got free time and want to do something free then you should come here. The Project Shinkansen will be open until 7 March 2017. 


​. An

Lagi perihal baju time winter

image

So, I went to Seoul for my birthday trip recently. It is winter.. but xde salji! Kecewa birthday girl. Dlm xde salji average temp still around 2°C – -4°C. Sejuk tuu.. kalo tibai pakai style summer kat Malaysia la ni, boleh hypothermia.

Maka menyedari diri sendiri agak fussy hal pakaian, maka adelah buat persiapan pakaian musim sejuk. Ade yg beli and ade yg punggah stok masa pi Jepun last year. Sbb sedar diri kite ni tak sehalus mulus org Korea sane, jd prepare jelah siap2 semua kat sini.

So nak share skitlaa cara nak berfashionista masa musim sejuk utk temp seperti diatas. Kalo sejuk smp -10 tu dh kena upgrade lagi ketebalannye.

1. Takyah mandi berjam2 sambil berjanam2 dlm bilik air.

2. Before pakai thermal.. long john.. heattech by uniqlo, apply layer of lotion utk moisturize seterusnya mengurangkan kekeringan dan kegatalan. Ade org recommend Nivea, but for me Nature Republic Aloe Gel pun okay.

3. Then pakailaa thermal, long john or heattech. Kaki pun sama.. pakai thermal jugak ataupun carilah seluar yg siap2 ade fleece or yg seangkatan dengannya.

4. Lepas thermal, pakai laa baju biasa, blouse ke shirt ke.. tp kalo rasa mmg taktahan sejuknya carilaa fleeced shirt or jumper or sweater..

5. Pastu pakai la jaket..jaket ni dr winterclothes.com.my. extra warm katenye. So far mmg bile pakai mmg okay rasa comfy sedang2 je suhunya. Kalo boleh layerkan dgn windbreaker. Sbb sejuk tu yg bikin kejung tu bile disertai angin2 konon2 sepoi2 bahasa tp tidak sama skali. Boleh bikin kepale pusing oi.

6. Boots from winterclothes.com.my. kire mcm investment la ni. Sbb bukan setakat style menarik, tp comfy (jln seharian pun still rasa selesa) dan juga kaki x rasa sejuk. Nway boots camni rasanye cam x sesuai kalo dh ade snow.. kena yg kalis air gitu.

7.tips penting bile beli boots or jacket.. jgn beli ngam2. Sbb korang nak pakai berlapis2. Winter socks pun boleh tahan tebal. Tak syiok ah pakai kasut ketat jejalan spoil mood nnt.

8. Gloves tu seeloknya belilaa yg leather or faux leather ke..kuat skit penebatnya. Cam dlm gamba ni bikin beku je. Last2 dok dlm poket jelah tangan je.

9. Heat pack pun berguna gak. Simpan dlm poket je. Ni x sempat nak stock up.

10. Face and neck warmer, ini jgn diabaikan. Nak tahu nape sile google. Sbb for me rasa lebih selesa dan warm bile kepala, muke and leher x sejuk.

naTea via HTC One

Travel Trip DIY

Aku rasa antara part paling best (but at the same time renyah) adelah masa nak planning for travel trip and of course laa masa execution of the plan itself. So far aku memang plan sendiri travel trip aku, sebabnye aku suke flexibility, kebebasan dari segi pemilihan tempat dan financial dan juga sebab aku ni agak cerewet so rare laa kalo nak jumpe travel agent yang dapat provide semua benda yg aku nak.

Jadi aku nak share camne aku plan for my own travel trip. Tak kira la domestic ataupun international.

1. Kenal pasti destinasi, jenis trip, bile nak pergi dan untuk berapa lama.
Destinasi, masa dan duration – Ini penting sebab ade destinasi tak sesuai dilawat pada masa tertentu. Contohnya; China masa CNY, or Philipines masa musim monsoon/typhoon. Aku xnaklah end up menghadapi predicament yang memang sepatutnya boleh dijangka. But kalo korang sukekan cabaran..by all means..silekan.
Jenis trip – Samada nak naik keta all the way ke or nak pusing naik tren ke or turun naik subway ke or cruise ke.

2. Plan ahead (maybe one or two years ahead)
Merancang lebih awal. Either beli tiket awal or book accommodation awal or merancang tarikh cuti lebih awal. Ini penting untuk org makan gaji mcm aku. Identify bile ade cuti bersambung yg boleh menjimatkan annual leave dan fit in destinasi yang nak pergi. So nnt tinggal nak cari tiket murah aje. Di samping itu, agak berguna bile nak wat dept planning nnt, sbb kite boleh bg heads up dekat boss/colleagues bile kite nak pegi bercuti. Nway, bile plan ahead, korang boleh buat financial budget year ahead jugak kan? Kill two birds with one stone namanye.

3. Merancang perjalanan – Phase 1
Ni namanye buat itinerary. Tapi masa awal2 before beli tiket, aku tak start buat detail itinerary lagi. Itinerary phase 1 ni biasanya untuk rough idea nak pegi mana for durasi masa yang aku rancang. Contohnye masa aku pegi Melbourne+Sydney trip, aku list down tempat2 aku nak pegi kat Melbourne n Sydney to determine bape hari kat Melbourne and bape hari kat Sydney. Lepas tu, baru aku start cari tiket kapal terbang ke ketapi ke bas ke dan penginapan.
Tips: I love festival! Jadi biasanya first thing aku check out destinasti tu adelah any upcoming festival time aku pegi tu. Haruslah tanak jadi kes, dah balik Malaysia ade org tanye, weh ko tak pegi ke Tesselar tulip Festival tu..and ko plak cam..eh ade Tulip Festival ke..kena plak ko tu hantu bunga..haruslaaa lepas tu ko lap airmata dengan bucu tudung naelofar ko nnt. ;p

4. Beli tiket transportation
Biasanya aku beli tiket kapal terbang awal setahun. Mmg aku jenis tunggu promo. Walaupun aku tau kekadang promo tak murah mane pun (tp still murah banyaklaaa daripada nak beli tiket 2-3 minggu before fly) Tapi lepas dah beli tiket, aku rasa mcm dah ade komitmen untuk dipenuhi and will start to work for it. Kalo korang rasa susahnye lah nak cari tiket dengan harga munasabah, bolehlaa try cari guna http://www.skyscanner.com . Korang just masukkan destinasi dan tarikh, nanti akan keluar paparan senarai harga tiket dari pelbagai airline provider.
Tips: bagi pengguna credit card, ini hanya cadangan utk mengurangkan beban bayar tiket at one lump sum. Sebab biasanya aku akan beli awal setahun (or awal 7-9 bulan) , aku akan tengok instalment plan yang ade, n then pas bayar, aku akan convertkan into instalment. Justification aku pakai: sebab tiket tu akan pakai lambat lagi. Tp amaran kalo korang x disiplin sile bayar cash basis je.

5. Tempah penginapan
Biasanya aku book penginapan around 6 bulan before trip. Sbb aku rasa lagi lambat book lagi mahal nanti and pilihan pun akan terhad. So not good value for money spend la kan. Website2 yang aku gune/surf utk cari accommodation:
i. Airbnb – Nie untuk book satu unit rumah terus. MO die, ko cari rumah yang ko berkenan within bajet ko and then ko berborak2 la dengan Host rumah tu sampai korang capai kata sepakat. Payment term gune CC (in USD or Euro) and diorg mmg akan deduct terus dari credit card. Tp Airbnb akan hold dulu payment. Bile dah check out n semua okay baru release payment kat Host. So far so good. Rumah2 aku dapat mmg best. Aku tak janji, tapi kalo sempat aku akan update satu entry pasal aku n Airbnb experience.
ii. Hostelworld – Nie kalo nak cari backpackers hostel or guesthouse. Mostly xde booking fees and akan retain deposit around 5-12%. So far aku book hostel thru Hostelworld mmg okay je.
iii. Trivago – Nie mcm skyscanner. Website ni akan paparkan best prices daripada hotel listing website yang lain. Contohnye, kalo ko search Marriot Putrajaya, nnt akan adelah harga daripada Agoda, Booking.com, Expedia etc.
iv. Booking.com – Tp selalunya aku akan end up book hotel through booking.com. Sbb most of the time ratenye mmg termurah and sbb aku jarang menghadapi masalah bile gune booking.com

6. Merancang Perjalanan – Phase 2
Nielah masanye kena start wat detail route. Xdelah detail mana pun. Tapi at least, kenalah ade alamat tempat and contact no n kalo korang drive, at least ade coordinate. Biasanya detail itinerary akan ade: Hari/Tarikh/Aktiviti/Lokasi/Durasi Masa/ Kos/Lain2. All in. Senang nak refer nanti. Benda lain yang korang kena check masa phase ni adelah:
– Masjid, surau dan sumber makanan halal.
– Keperluan visa atau surat lawatan
– Keperluan mengambil sebarang imunisasi
– Tourist pass/ buku voucher
– Sistem komunikasi : Sim card, Wifi

7. Lain-lain senarai semak
Selain daripada benda2 kat atas, ini adalah antara senarai semak yang aku go through before finalizing planning trip aku:
– Matawang asing telah ditukar
– Bg pengguna credit card atau atm card, dah update bank mengenai penggunaan di luar Negara
– Passport masih sah laku (Tempoh sahlaku passport adelah sekurang2nya 6 bulan sebelum expiry date dalam passport)
– Dah double confirm dengan tempat penginapan. Pastikan diorg tau waktu ketibaan aku.
– Check in, purchase luggage and meal telah dilakukan sebelum tempoh masa yang diberikan tamat.
– Segala pengesahan tempahan telah diprint dan dibawa sekali.

Basically, itulah caranya aku plan trip aku sendiri. Lagi satu tips aku nak bagi, subscribe laa dengan pelbagai travel related services. Supaya korang dapat update kalo ade special promo or discount and rajin2kanlah diri pegi Matta Fair or travel fair untuk kutip brochure n buku voucher kalo ade. Insya Allah, nanti aku akan tambah lagi kalo ade yg tertinggal.

#cuti2Malaysia #3hari2mlm Penang edition

Bile lagi nak cuti2 malaysia kalo bukan time long merdeka’s weekend.

Last year #gengikanbakar pegi jjcm Kuantan n Kemaman. Tahun ni kitorg jjcm Penang for 3hari 2mlm.

Kitorg pegi 3 keta (7 adults 4 kids)

Sewa rumah airbnb. Sorang rm115++. Fully aircond unit. 4 bilik 4 bathroom

Itinerary makan2

Day 1
Lunch at Pen Mutiara. Kari kepala ikan n ayam pandan. Walaupun x kick macam dulu. Tp still sedap! RM170

image

image

Dinner seafood at Teluk Tempoyak. Menu yg diorder ikan merah bakar, ketam masak cabai(sila mintak xtra pedas), siput masak halia, jenahak masak 3 rasa, udang butter, sup ayam n kailan telur. Fresh orange n tembikai laici. Kurang pedas masakan diorg but air asam ikan bakar tu mmg terbaik. Rm190

image

image

image

image

image

Lepas makan pegi tgk transformer kat padang kota lama.

Day 2
Breakfast at Roti Canai Argyll Road. Roti canai telur sedappp (sbb gune 2 biji telur ye) n kari daging pun sedap. Tp sepinggan rm20. RM75 (kes order x tanye harga)

image

Aktiviti harini g Armenian Street for street art. Tp ujan halfway. Lepak makan snow ice sedap.

image

image

image

image

Lunch Deen Nasi Kandar Jelutong. Sedap menjilat jari. Tapau n makan kat umah. Lauk ayam, kari sotong, bendi and telur sotong. RM55

image

image

image

Beli jeruk pak ali kat Chow rasta n cendol teo chew. Tp haritu cendol depan teo chew tu lg sedap. X kedekut gule merah.

Dinner at Padang Brown. Tempat nie kecik je. Sbb still kenyang nak abiskan mee goreng ghani yg boleh tahan sedap tu pun jenuh.

image

image

Then g window shopping kat night market. Kalo korang gile Starbucks merchandise, Starbucks sini ade Starbucks gear shop.

Day 3

Breakfast at Transfer Road. Roti kosong banjir kari daging n dalca rm5, roti kosong dgn kari ayam rm6.60 n roti telur goyang rm3.50. Tak sedapp sajelah kan. Oh..sini kena dtg by 8.30 baru aman damai nak makan.

image

image

image

Jgn lupe tapau roti benggali kat kedai depan Transfer Road tu. Sebuku rm1.

Lunch..RnR tapah je. :p

Total expenses (excl toll n minyak) – rm160

naTea via HTC One

Things that I learned when travelling with kids.

image

As a single woman with bff yg dah ade dua org anak and nak plak she is my best travel buddy just because most of the time could read each other’s mind. (To the extend we brought n wore the same USS’s shirt masa travel g jepun haritu..heheh)

Dah byk kali jugak aku travel either short vacay or more than a week vacay dgn bebudak tu. Nway..fyi anak2 kawan2 I called me Aunty N. But the moms called me Namo (combination of my name n my dad’s name)

So..dlm entry ni I nak share laa ape benda yg aku belaja bile travel dgn bebudak ni. So here goes:

1.Bersabar bile nak gerak pegi jejalan. Sebab Mak bapak penat melayan bebudak n pastu nak bangun awal utk siapkan anak2 n mknn diorg lg. Jadi yg bujang harusla bangun awal skit n tolong ape yg boleh. Mcm planning for the route haritu ke or masak ke.

2.x selfish. Aku memule beli mknn utk aku munch2 je. Tp bile the kids pun dah merasa..Diorg pun sibuklaa nak cikedis kite. Jadi bile next round aku nak beli bekalan. Aku consider jugaklaa ape bebudak ni boleh n suke makan. Best okay share food dgn bebudak.

3.kids are so unexpected. Diorg boleh buat kitr geram sgt rasa mcm nak hilang sabar n then the next minute they will hug you. Cthnye; bebudak ni ikut parents g shopping kat supermarket aku plak terus balik rumah. Bile balik rumah..one of them dtg tanye aku “aunty n penat ke?” For few times..n bile aku jawab kali ketiga..she came forward and hugged me..woah..I was so touched by her gesture.

4.kids boleh x mandi seharian tp tetap cute n x masam mane pun. Ini mmg I x puas hati!!

5.Kalo pegi tempat sejuk..Diorg akan hibernate bile kat luar..bile kat umah or dlm tren..layankan ajelah diorg berguling kat mana sempat. Seriously..main kejar2 dlm shinkansen..hahaha

6.you might not be their parents. But bile travel with kids you have to wear the parent’s hat. Wpun ur friend tak cakap. Tp believe me..deep inside diorg berharap at some point diorg boleh rely kat kite to look after their kids too Wpun sekejapan saje. Cthnye bile diorg dh kepenatan n tido but the kids tgh hyper. Kena laa tolong tgk2kan..

7.improve skills jaga budak.

Korang Camne plak.

naTea via HTC One

Jetstar untuk return route MEL to SYD – Tips & Information

Obligatory mention/Mention obligatoire :  Copyright Airbus - Computer graphics by I3M

Ini first time aku naik Jetstar untuk terbang dari Melbourne to Sydney. Dari Melbourne to Sydney amik masa satu jam. Aku beli tiket online. Processing fee die..mak aih mahalnye. Ni ade sedikit tips2 utk consideration korang kalo nak terbang naik Jetstar:

  1. Memandangkan ini adelah domestic departure, kami menaiki flight dari Avalon Airport, kira2 sejam dari Melbourne CBD. Tp kalo international departure, dekat Tullamarine Airport yea. Jadi plan elok2 ye.
  2. Kalo nak solat, tanye je staff kat situ mane proper place utk solat, diorg akan bagi suggestion tempat yang sesuai.
  3. Baggage drop die bukak exactly 2 jam before flying. So xyahlaa dtg awal sgt.
  4. Tiket boleh beli online, bayar gune credit card. Kalo ade member or family member kat Aussie, better suh diorg yang tolong purchasekan. Dpt kurangkan kos processing fee yang menjangkau RM50++ sorang.
  5. Purchase luggage masa beli tiket. Sbb harga add on luggage lepas beli tiket adelah lebih mahal daripada beli masa beli tiket.
  6. Berat beg boleh combine kalo same itinerary.
  7. Pengalaman officemate, utk carry on, kena satu bag je and berat tak lebih 7kg  (diorg siap timbang tu), tp aku xde plak kena camni masa pegi n balik Melbourne tu.
  8. Kalo fly petang around 8++pm (during summer) from Avalon, Melbourne, sila duduk tepi tingkap belah kanan utk tgk sunset yg lawaaaaa gile. Sediakan kamera skali ye. And boleh tgk nightview Sydney yang meriah jugak.
  9. Dr Avalon ke Melbourne cbd ade skybus $22 per adult or korang boleh book cab.
  10. Avalon airport ade arcade n kids zone. So check in cecepat n masuk dalam departure gate, let the kids play kat kid zone, while korang boleh berehat kat sofa yang selesa. Or boleh g main kat arcade. Satu game cost $2.

Kampungku di Korea – Gapyeong Tour Nami Island + Petite France + Garden of Morningcalm

Malam tadi, aku hanya berjaya lelapkan mata tatkala jam menghampiri 2.30 pagi. Sbb aku kafein intolerant. Dan aku minum regular size hot chocolate sejam sebelum tido. Oh, dan aku x sangka begitu skali kafein intolerant aku.

Jadi, sbb x dpt tdo, aku browse fb group backpackers n jumpe ade orang tanye pasal sempat ke nak cover Nami Island, Petit France dan Morningcalm Garden sekali jalan.

Jawapan aku: Sempat sangat, provided gerak awal pagi dan x spend around 1-2 jam at each place.

So, persoalannya skang camne nak cover 3 tempat tu skali jalan. Ini aku cerita berdasarkan pengalaman aku masa pegi last year.

1.Kitorg gerak dari Cheongnyangni Station kul 8.16 pagi naik ITX menuju ke Gapyeong Station. Tiket harga 4,000 won. Kitorg naik ITX sbb cepat n boleh reserve tempat n boleh tgk scenery bukit bukau yang cantik. N plg penting boleh tido wpun utk 40 min je.

2. Kuar je Gapyeong Station, kitorg berlari anak pegi ke Gapyeong Intercity Bus Terminal yg depan station tu je. Utk kejar bas kul 9 pagi. Kalo bas penuh, kena naik next bus. N tiket 5,000 won beli atas bas.

Soalan: Nape bas penuh kena naik bas lain? Seoul City Tour x camtu pun.
Jawapan: sbb laluan bas tu turun naik bukit. So kekadang mcm roller coaster rasa. N sometimes driver suh pakai seatbelt lg.

3. Masa tgh tggu bas, amik buku kupon. Sorang satu. Sbb ade kupon utk Petite France dan The Garden of Morningcalm

4. First stop adelah Nami Island. Sampai around 9.20 pg. Kitorg ni mcm antara passenger paling awal haritu. Best gile. X panas. naik Feri kosong. Ade 5-6 pax je. Pastu sampai Nami Island pun kosong lagi. Sakan kami amik gamba xde org photobomb. Kitorg sewa basikal. Round2 kejap. Then naik Feri balik utk kejar bas pukul 11.15. Fare ferry + entrance fee 8,000 won.

image

image

5. Next stop Petite France. Sampai sini kul 11.40 pg. Kami gune kupon book utk dpt 25% diskaun. So dpt rate 6,000 won instead of 8,000 won. Sini tempat shooting few kdrama..but notably adelah “You Who Came From The Star”. Kitorg lunch kat sini. Bawak bekal. Nasi impit+acar ikan masin+sambal ikan bilis.
image

image

image

image

image

6. Then, kitorg naik bas kul 1.40 tgh pegi Garden of the Morning Calm. Kitorg sampai garden yg besar n cantik ni pukul 2.30 tgh. Boleh tahan berliku jalannye. Kat sini, gune kupon lagi. Kena koyakkan kupon tu. Dpt 25% diskaun lg. Dari 8,000 won ke 6,000 won. Kami nie ade buat kesilapan kecik kat sini. Pegi daki bukit nan tinggi tu. Hoih..terus sakit kaki.
image

image

image

image

image

image

7. Dari Garden of Morningcalm kitorg tggu bas pukul 5 ptg nak balik semula ke train station. Kitorg turun kat Cheongpyeong station. Dan naik ITX kul 6.09 ptg pulang ke Cheongnyangni dan sampai sane kul 6.43 petang.

Begitulah cara kami pusing Gapyeong haritu. Total kos tour haritu: 39,000 won ( around RM110)

So, amacam..ok tak?

naTea via HTC One