Winter clothing – Mana nak beli??

First time aku travel masa penghujung winter masuk spring. Jadi sebelum pergi, wajiblaa tengok weather forecast. Lepas dah tahu temperature, barulah boleh plan nak beli baju atau tak. Nie antara pilihan2 yang ade utk korang beli baju sejuk.

1. Pegi bundle, cari baju winter jacket and hantar dry cleaning – Nie aku tak pasti bape kos nye. Tapi ramai gak suggest cara nie. Aku rasa roughly harga jacket tu around RM 30-50 and kos dry cleaning dalam RM40-RM50. So maybe around RM100 laa harganye

2. Beli masa Matta Fair or Travel Fair – Korang tahu kan, bile Matta Fair, biasanya Universal Traveller akan jual thermal wear/long john at discount? So kalo harga satu seluar tu dalam RM37 masa Matta Fair, korang boleh 1/2 price okay. Murah kan? Selain long john, ade snow hat, winter socks, winter jacket, gloves and mittens, scarfs, mufflers. semua tu at bargain price. So, jangan lupe check out masa next Matta Fair in September ye!

3. Daiso – Ini alternatif termurah. Semuanye RM5. Tapi x dapatlah nak beli jaket or long john kat sini. But socks, gloves, scarf semua ade kat sini. Dahlah murah, berfungsi dan cantik2 n cute2. Ske sangat!

4. Uniqlo – Bile musim winter, korang patut cari Heattech product kat Uniqlo. Cam T-shirt tu kan, ade Warm and Extra Warm. My verdict, not bad laa Heattech nie, badan x rasa sejuk. Mungkin sebab pegi penghujung winter kot. Kalo nak beli kat Uniqlo, korang boleh cek kat website die, sebab sometimes ade online sale, meaning kalo beli online, boleh dapat good offer. N Uniqlo selalu jugak buat seasonal sale untuk Heattech product nie. Harga dari RM40. Almost semua type of winter clothing ade kat sini. Tips penting! kalo nak pegi Jepun, takyah beria borong Heattech product kat sini, beli kat sana lagi murahh oi! Half price rasanya. Nak tengok contoh product,click sini: http://www.uniqlo.com/au/store/women/collections/heattech.html#

5. www.winterclothes.com.my Not the cheapest option. Tapi good option untuk cari winter clothes for plus size, or selections of jackets yang cantik2 pada harga yang berpatutan (Harga jaket paling mahal kat sini RM269, average price RM150). I’ve bought my fleece leggings and jacket from here, and i love it. Tapiii, sila beli dengan cautious sebab tak boleh return kalo x muat or oversized or x nice fit. And kalo nak cepat, ask their staff first samada they can accommodate order korang atau tak.

winter clothes

6. Any clothing store; cth Esprit at early March – Obviously sebab nak hujung season, so all item must go. Maka diorg akan buat clearance sale. Ade jaket dijual sampai 70% kot.

7. The usual winter clothing store; Universal Travellers, Wintertime, Going Places – Nie kalo dah last minute punye plan kan..bolehlaa beli kat sini. Eh sometimes diorg pun ade diskaun. Tp most of the time..kenalaa pejam mata

Eh, kasut camne plak? Haa..biasanya orang pakai boots, itu bersepah2 tu boleh beli. Tapi for me, just pakai winter socks/fleece socks and pakai sport shoes je.

Hope that helps! Happy shopping for winter clothing. Kalo korang ade tempat nak suggest, boleh add kat komen. Thanks!

Advertisements

Travelog ke Negara Matahari Terbit 10 : Kerja Gile Demi Sakura

Padahnye bersakan benar dekat USJ semalamnye adelah punyelaa jenuh nak bangun pagi the next day. Dahlah nak buat kerja gila kan. Bila aku bangun, tengok bff aku dah siap masak breakfast. Seperti biasa, kami buat food planning skit dan lepas tu pack makanan untuk projek kerja gila haritu.

Kerja Gila

Projek kerja gila kami harini adelah buat day trip Osaka – Tokyo – Osaka. Mana tak gile, sebab hampir 6 jam bakal diabiskan dalam train sahaja. Tapi takpelah demimu Sakuraaa, kami sanggup.

Ye, matlamat utama kami adelah hendak berhanami di bawah rimbunan sakura nan indah di Ueno Park. Tapi sebelum itu, kami rasa amat bersyukur kerana walaupun tak dapat nak buat sakura tour, tapi sekurangnya Allah telah mengkabulkan doa kami untuk early sakura blossom. Yelah main beli je tiket murah kan, so 3-4 bulan sebelum bertolak, hari2 kami monitor sakura forecast, weather forecast bagai sambil berharap agar sakura kuar awal.

Matlamat kerja gila yang kedua adelah nak pegi Nippori Fabric Town. Hahaha. Korang ingat kan aku tetibe emo/moody sebab aku memang tak larat haritu nak angkut bag menyinggah Nippori. So, demi memuaskan hati kami yang nak juga menyopping kain, kami decide untuk pergi jugak Nippori tu.

Matlamat ketiga adalah untuk memerah keringat JR Pass hingga ke titisan yang terakhir. Kalo korang perasan kan, kami memang dah fully utilise JR Pass tu awal jugaklah. Jadi kiranye ni untuk memastikan yang investment kami mmg betul2 berbaloi gitu.

Day trip kami bermula dengan mereserve seat utk pegi dan balik di kaunter JR Pass di Shin-Osaka station. Kat sini, memang ade banyak kaunter, jadi taklah lama sangat menunggu. Tapi lagi bagus sambil tunggu tu korang decide laa nak naik train trip yang mana. Perjalanan dari Osaka ke Tokyo Station melalui Shinkansen Hikari adelah dalam 3 jam lamanye. Nak buat ape lagi kan, kami tido jelah.

Sebelum terlupe, aku terserempak dgn satu mid age couple dari Malaysia nak pegi Nagoya. Aku yang tegur diorang dulu sebab diorg macam tanya staff kat kiosk nak konfem whether diorg kat right platform or not. So aku pun tolonglaa confemkan. Alahai sweet sangat uncle n aunty tu berjalan berdua nak pegi tengok sakura. Teruslaa aku berdoa nak dapat suami yang ske travel n romantic at the same time. :p

Perempuan dan kain berpisah tiada

Sampai di Tokyo, kami menuju ke Nippori Fabric Town. Wah..dekat sini pun dah dihiasi dengan keindahan pepohon sakura. Ape lagi, amik gambar seround pastu baru cari kedai kain. Memang byk kedai kain sini. Pegilaah awal2 so that korang puas bershopping and tak payah queue panjang2 kat kedai Tomato tu. Seriously aku memang serender nak meredah orang dan queue kat kedai Tomato terbesar kat situ. Boleh tahan murah. Kalo korang nak beli japanese pattern fabric, boleh pegi kedai sebelah Tomato tu. Cantik2 designnye. Aku beli 3 pasang kain je. Nway, masa g kedai kain ni, barulah jumpa agak ramai Malaysian. Yelahkan..kain dan kami kan berpisah tiada. 🙂

DSC00897

DSC00903

DSC00906

DSC00918

DSC00920

DSC00905

Kedai Kain Tomato yang famous.

Indahnyaa Sakura!

Dah abis shopping kain, kami gerak ke Ueno Park. Memandangkan kami pegi hari Sabtu dan just nice plak sakura dah full bloom, memang crowded gile laa Ueno area tu, dari station sampai ke park tu, ramaii gilee. Meriah abis suasana kat situ. Dari stesen Ueno ke Ueno Park xdelah jauh sgt. Tp banyak gak tangga nak didaki sebelum kami disambut dengan rimbunan sakura yang sangat cantik itu. Seriously..aku starstruck gitu. Sayanglaa jugak x dpt tengok kat tempat lain. (Simpan untuk next year ye.)

Dah sampai sini, ape lagi nak dibuat? Amik beribu gamba la kan. Lepas dah puas bergamba kami cari port nak melepak untuk makan. Kat sini, Japanese akan reserve tempat untuk berpiknik awal pagi dengan letak tikar. Kitorg plak datang lewat petang, makanya duduk jelah kat atas bata tepi jalan sambil berkelah makan bekal kami bawak tu.

DSC00937

DSC00940
DSC00946

DSC00964

IMAG3217

IMAG3152
DSC01000

DSC01004 DSC01019

DSC01033 IMAG3161

IMAG3215 IMAG3159

My first interview with foreign TV station

Kami duduk opposite kedai steamed potatoes. So, lepas setel lunch+dinner kami, aku g beli ubi tu buat dessert kononnye. Tapi x sempat nak melantak (sempat drool jeee), tetibe kami di approach reporter NHK World. Diorg nak interview kami pasal foreign tourist datang berhanami. Ingatkan sekejap je, skali tu bermacam soalan pasal trip kami dia tanye (Adelah dalam setengah jam kot.), sampai ke bento kami pun dia tanya. Walaweh, seb baik dah abis makan, kalo x selamatlaa diorg bau lauk pekasam yang kami bawak tu. Hahahaha. Seb baiklaa bff aku rajin melayan. Die siap tunjukkan fb dia and aku tunjuk ig aku kat diorg. (By the way,kitorg xtau samada NHK World ade ke tak tayangkan interview kami.) Feeling famous plak, sebab orang lalu lalang duk tengok and siap ade amik gamba kami lagi. What an experience!

Salah naik tren

By the time kami abis makan, hari dah beransur malam. Kami pun beransur balik. Sebelum balik kami sempat berwindow shopping kat Tokyo Station. Asal sempat. Haha haha

DSC01052

Steamed bun comel kat Tokyo Station

Naik tren memasing dah pengsan. Budak2 plak diorg dah recharge. Aku rasa mesti bff aku pening nengok tapi pejam mata jelah Jan asalkan x over sgt.

Sampai kat osaka station ni kan berlaku satu kejadian merepek tapi kelaka pun ade. Masa malam terakhir kat Osaka nilah, kami boleh tersilap naik tren. Naik express train yg x berhenti kat stesen rumah kami. Aduilah..dahlaa dah kul 11 lebeh and dah xde train lalu stesen kat rumah kami tu. Seb baik ade few local people tolong kami tunjuk jalan2. Akhirnya kami naik tren patah balik ke stesen berdekatan dengan stesen rumah kami and amik cab.

__________________________________________________________________________________________________Train cost

1. Kayashima to Yodoyabashi via Keihan Main Line – 310 yen

2. Yodoyabashi to Shin-Osaka via Osaka City Subway Midosuji – 240 yen

3. Shin-Osaka to Tokyo  via Shinkansen Hikari – 13,620 yen (JR Pass)

4. Tokyo to Nippori via JR Yamanote Line – 160 yen (JR Pass)

5. Nippori to Ueno via JR Yamanote Line – 140 yen (JR Pass)

6. Ueno to Tokyo via JR Yamanote Line – 160 yen (JR Pass)

7. Tokyo to Shin-Osaka via Shinkansen Hikari – 13,620 yen (JR Pass)

8. Shin-Osaka to Yodoyabashi via Osaka City Subway Midosuji – 240 yen

9. Yodoyabashi to Kayashima via Keihan Main Line – 310 yen

10. Cab to home – 930 yen

_________________________________________________________________________________________________

Utilisation of JR Pass

Shinkansen & JR Yamanote = 27,700 yen