Travelog ke Negara Matahari Terbit 08 : Shirakawago, Tapak Warisan UNESCO

Kat J Hoppers aku duduk dlm female dorm for 6 people. Sebab smp pun dh lewat malam, redha jelah dpt katil atas. Bila masuk bilik, gelap gelita, tirai katil memasing dah ditarik rapat, semua org dh tido. Aku dh mcm pencuri kot, jalan senyap2, naik katil pun sedaya upaya nak minimize bunyi.

bile dah senyap sgt, n badan ni pun dah penat mengangkut bag, tau2 dah tertido. N terjaga awal pagi sebab perut berdangdut tak dinner. Lagipun kena bersiap2 before 8 am utk follow half day tour ke Shirakawago.

Plan nak pegi Shirakawago ni xde pun dalam list nak pegi tgk masa memula tu. Tapi lepas tengok Destinasi Cinta AirAsia yang episod Noh Hujan dan Misz Nina pegi Nagoya dan one of tempat yang diorg pegi ade Shirakawago, terus berkobar2 nak pegi kat Gassho Village tu. N terus start melobi dekat bff aku  dan lepas tengok route bagai, akhirnya kami decide to go for it. Harga tour half day ni 4,000 yen. Tapi, sebab stay kat J Hoppers boleh laa dapat diskaun 500 yen.

Dari Takayama Station ke Shirakawago, perjalanannye lebih kurang 1 jam. Tour Guide haritu bagus, banyak bagi information n quite good at making jokes. Menurut Tour Guide, kami beruntung sebab the day before adelah sangat windy n gloomy n quite uncomfortable la untuk pusing2 dekat situ unlike harini yang cerah dan x berangin. Alhamdulillah. 🙂

Semasa dalam perjalanan, aku perasan banyak betul terowong yang kitorg lalu, mcm most of the route tu lalu terowong je! Kami turut diberitahu, tunnel yang paling panjang yang kami lalui haritu adelah Hida Tunnel yang sepanjang 11km.

Sebelum sampai ke penempatan Gassho Village, kami dibawa ke observatory. Kali ini, sekali lagi kami beruntung sebab Gifu Prefecture masih diselimuti salji, menyajikan pemandangan yang sangat indah dari observatory. Sakan kami semua berposing dari observatory berlatarbelakangkan bukit bukau dan perkampungan gasho.

DSC09812
DSC00014

DSC09806

Dah puas posing, kami dibawa ke Gasho Village dan diberi masa sejam lebih untuk bersiar2 di persekitaran Gasho Village. Ya Allah, Subhanallah cantik betul tempat nie. Kalo korang tatau, Gassho Style houses ni sebenarnye dah tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site. Kat sini ade lebeh kurang 114 buah rumah dgn thatched roof. Bumbung tu mcm rupe segitiga tirus sebabnye untuk mengurangkan bebanan kepada bumbung dan rumah bila musim salji memandangkan Gifu Prefecture menerima snowfall yang agak tinggi berbanding dengan beberapa Prefecture yang lain.

DSC09786
DSC00005

DSC09840 DSC09863

DSC09875

DSC09959 DSC09957

Kat situ ade beberapa buah rumah yang boleh dilawati. Tapi kami direkemen untuk masuk Wada House. Entrance fee utk adult 300 yen, child 150 yen. Rumah ni bina ketika pertengahan dan akhir Edo Period (1800 a.d), kat sini ade dokumen2 penting, tembikar, pinggan mangkuk dipamerkan. Dah puas pusing2, kami beli sedikit cenderamata sebelum menamatkan half day tour haritu.

DSC09922

DSC09925

DSC09945

DSC09937

DSC09926

Sampai di Takayama, kami singgah ke Post office utk beli poskad sebelum balik ke J Hoppers untuk masak bekal dan check out. Igtkan lepas check out nak pegi hida takayama traditional village jap, tp timing bebudak comel nak memerut mmg spot on sgt. Hehehe. Last2 aku sorang jelah yang pegi tengok kawasan perkampungan lama tu. Mmg terserlah ciri2 tradisional pada bangunan2 di situ. Rasa macam tengah berada kat tempat shooting Oshin plak. Tak puas pusing sebenarnya. Hopefully, boleh datang lagi next round.

DSC00021 DSC00038 DSC00017
DSC00038 DSC00031
DSC00024 DSC00040 DSC00041

DSC00044Dari Gifu, kami berangkat ke Osaka. Bila sampai stesen, agak terkejut tengok ramai org dok q untuk beli tiket kat kaunter JR. Tak jadi nak reserved seat, kami redah sajelah non reserved seat. Seb baik tak ramai org, dapatlaa memilih tempat duduk and of course laa bila naik Limited Express Wide View Hida Takayama, kite kenala duduk tepi tingkap untuk menikmati pemandangan indah di sepanjang perjalanan nanti. Memang cantik viewnye. Nak amik gamba pun senang sbb wide view window kan.

DSC00083 DSC00132 DSC00112 DSC00108 DSC00091

Separuh haritu kami dok turun naik tren je. Tp sekurangnya xde episod lari2 kejar tren dah kali ni. Lepas 2 jam lebih, kami sampai kat Nagoya, dan terus reserved seat utk shinkansen Hikari ke Shin Osaka. Perjalanan kali ni almost 1 jam. Lepas tu ade turun naik 2 station lagi before sampai Kayashima.

Kat Kayashima, kami sewa rumah via Airbnb. Sbb rumah ni agak jauh skit dari Osaka dan dah agak lama, kami dpt best rate utk rumah ni. RM157 untuk 3 malam sorang. murah gile weh. Semua ade kat rumah ni, jalan dlm 7-10 minit dari station. Bilik nye pun byk. Toilet n shower room nye bersih n best. Yang paling best air panas die konsisten je tahap kepanasan, tak perlu nak adjust2. Kedai 24 hours berlambak2. Bolehlaa sewa sini lagi nanti. Nie link stay tu: https://www.airbnb.com/rooms/2561746

Penat gile. Lepas layan bebudak2 nie n dinner, bentang tatami terus tido.

p/s: Tinggal 3 hari je kat sini. Esok nak pegi Hogwarts Castle.

naTea via HTC One

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s