Travelog ke Negara Matahari Terbit 07 : Running Backpackers

Aku overslept. Rancangan nak tengok sunrise di Tasik Kawaguchi pun turut terkubur dengan tido mati aku tu. Nasib baiklah, shower room tak penuh. (Either diorg x bangun tido lagi, atau diorg dah bangun lg awal dari aku ataupun memang diorg tak mandi pagi. Huehuehue.)

DSC09701

Lepas bersiap2, aku bergegas turun ke lobi. Di K’s House ade juga tersedia perkhidmatan sewa basikal for 300 yen. Sebab plan nak tengok sunrise aku dah simpan untuk tahun depan, aku fikir nak sewa basikal untuk ke post office yang berdekatan. Tapi aku rasa aku overestimated diri sendiri, yang dah lama tak mengayuh basikal, lepas tu kayuh pulak dalam cuaca yang sejuk, rasa macam hilang nafas! Tak sampai 15 minit mengayuh naik bukit, aku dah mengagau cari vending machine. Nak beli air.

DSC09669

DSC09674

Papehal pun, memang best betul feeling kayuh basikal sesorang waktu pagi. Jalan tak berapa sibuk dan dapat menikmati pemandangan Fujisan dari sudut yang berbeza dan dapat layan feeling macam dalam jdrama. Just tatau nape tak terlintas langsung nak pegi Lake Kawaguchi lepas dah shopping kat post office tu. Takpe. Kite simpan untuk stok tahun depan.

Selepas daftar keluar dari K’s House, kami menuju ke Gotemba Premium Outlet. Kami menaiki bas khas ke GPO, tiketnya boleh dibeli di kaunter bas di stesen tersebut. Harga tiket 1,510 yen. Perjalanan mengambil masa hampir sejam. (Tips: Duduk di tepi tingkap belah kiri, boleh tengok view Tasik Yamanako yang cantik)

DSC09704 DSC09705
DSC09719 DSC09720

Sebaik sampai di GPO, (outlet membeli belah yang berlatar belakang Mt Fuji yang majestic itu), kami meninggalkan backpack di dalam locker dan terus mencari food court, sebab kami semua dah kelaparan especially aku yang x breakfast lagi. Lepas pusing punya pusing, kami beli octopus tako dan sandwiches dan salad. Sedap takoyaki tu, sampai Bff aku yang tak suke tako pun boleh beli 2nd round pastu. Eh..tetibe baru aku terfikir sos teriyaki tu apekah bahan2nya. Takpelah dah makan kan.

DSC09751

DSC09732

DSC09756

DSC09757

DSC09759

DSC09747

GPO ni not bad la, tapi sebab ade byk brand aku tak kenal dan masa pun x byk sgt, aku rasa so so jelah. Tapi kalo korang decide nak masukkan dalam itinerary, pastikan korang singgah kedai Plaza. Barangan dalam kedai ini banyak yang cool2 dan harganye x mahal. (Tips: Pegi GPO Information/Visitor Centre untuk amik booklet diskaun)

DSC09752

Around 4 petang, kitorg bergegas nak kejar free shuttle ke Gotemba station. Tapi bas dah penuh la plak, tak pasal kenalah naik teksi sebab nak kejar train. Sampai je Gotemba sehinggalah ke stesen Odawara ade banyak jugalah adengan berlari sebab kami nak mengejar trip terakhir Ltd Express Wide View Takyama. Tapi aku rasa pelarian yang paling rasa macam nak mintak nyawa bila nak mengejar Shinkansen Hikari kat Odawara Station. Dengan backpack berat gile lagi dan muatan tangan yang lain, bila dapat je masuk aku terus je duduk kat seat yang masih kosong.  Serious, aku memang rasa macam boleh pitam masa tu, jantung rasa macam nak terkeluar. Feeling guilty gak laa, sebab aku selamba terus duduk dulu while bff aku belum jumpe lagi seatnye, tapi, kalo aku pitam nanti lagi menyusahkan.

Lepas sejam lebih perjalanan, kami sampai di stesen Nagoya, dan terus membuat reservation seat untuk train ke Takayama. Mungkin sebab ini merupakan trip terakhir untuk hari tu, koc kami kelihatan kosong. Tapi kami suke, sebab kami boleh conquer train, almaklumlah perjalanan memakan masa 2 jam setengah, boleh laa tido dengan aman damai. Namun, bebudak ni boleh segar bugar dan sibuk menghiburkan kami dan penumpang2 yang lain. Seb baiklah tadek orang komplen, siap ada mamat Jepun belanja air lagi. Kami sempat berbual2 dengan mamat Jepun tu, friendly mamat tu, tak kisah pun nak tunjuk gambar niece die yang comel tu.

Setibanya di Takayama, kami terus menuju ke J Hoppers, penginapan satu malam kami. Ingatkan Kawaguchiko dah cukup sejuk, rupanya Takayama lagi sejuk! Masih ade lagi gumpalan2 salji di tepi jalan, di atas rimbunan pokok hiasan. Ketika kami sedang mencari lokasi J Hoppers, tetibe mamat Jepun tadi muncul, rupenya dia dok perhatikan kami, mungkin memastikan kami selamat sampai ke destinasi kami. Selepas memastikan destinasi kami, mamat Jepun tolong tunjukkan jalan kat kami. Lepas tu baru lah die balik. Wah, caring sungguh, rasa menyesal pulak tak mintak contact no. menyesal sungguhhhhh.

First impression bila sampai kat J Hoppers adelah, okay tempat nie x ‘warm’ macam kat K’s House haritu. Dahlah lobi nye sejuk and gloomy. Shower room pun kat ground level, memang aku dah bayangkan kesejukkan yang aku bakal alami esok. Aku terus naik atas, ingatkan nak baring2 gitu dan pegi masak magi untuk dinner, tapi, entah bila masa aku tengah belek2 fb, aku boleh terus tertido sampai keesokkan paginya.

_____________________________________________________________________

Transportation cost

  1. Bus from Kawaguchiko to Gotemba Premium Outlet = 1,510 yen
  2. Cab from GPO to Gotemba Station = 920 yen/4 pax

Train Route and Cost

  1. Gotemba via JR Gotemba Line to Matsuda = 500 yen (JR Pass)
  2. Shin-Matsuda via Odakyu Odawara Line Exp. to Odawara = 220 yen (suica)
  3. Odawara via Shinkansen Hikari to Nagoya = 8,420 yen (JR Pass)
  4. Nagoya via Ltd Express Wide View Hida Takayama to Takayama = 6,030 yen (JR Pass)

Accumulated train cost against JR Pass : 29,580 yen . JR Pass 29,110 yen. Berbaloi2, baru hari ketiga pas activate dah utilise 100%. Ade 4 hari lagi. X sabar nak jumlah penjimatan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s