Travelog ke Negara Matahari Terbit 03 : 10,000 Langkah Mengukur Bandar Tokyo

Ade orang tanye, aku pegi Jepun ni main redah je ke? Jawapan aku Yes and No. Yes untuk ade beberapa hari kitorg buat day trip main redah aje  dan No sebab sebenarnya kitorg ni siap 2-3 kali meet up untuk bincang itinerary dan selebihnya dalam Whatsapp. Agak2 jugakla nak meredah dengan 2 orang budak kecik plus suhu Jepun masa tu yang masih seperti suhu kat 2nd tier dalam peti ais tu.

Untuk dua hari yang berikutnya, kitorg memang tak ade detailed itinerary. Roughly, kitorg tahu yang kitorg nak pusing2 bandar Tokyo dan hari keesokkan harinya nak pegi Yokohama je. Sebenarnya bukan susah sangat pun nak last minute plan utk city tour, kalo ade map dan internet, insya allah sekejap je dah boleh setel planning. Masa bebudak n bapak budak masih lagi beradu, aku and bff diskas stop2 kitorg untuk Tokyo City Tour.  Lepas buat kira2, kitorg bersetuju untuk membeli Metro Pass for 3 days untuk harga 1,500 yen (lebih kurang RM45). So, ini adelah route our simple Tokyo City Tour: Asakusa – Ueno Station – Akihabara – Shinjuku – Shibuya – Roponggi Ginza  – Tokyo Tower – Asakusa (yang di strike out tu sebab kami kesuntukkkan masa, so decide untuk simpan for next trip)

Bff aku suggest from apartment kitorg tu untuk berjalan ke Ueno Station, tengok pemandangan. Lama jugak menapak tak sampai station nye. Tapi seronok jugak, feeling macam orang tempatan tengah ambil angina kat tepi jalan. Dari Ueno Station, kami menuju ke Akihabara. Orang kata sini syurga electrical and electronic appliances, memang ye pun, bersepah kedai electrical, gaming and macam2 lah. Rambang mata nak mula dari mana (kalau xde plan nak gi mana2, mau setengah hari kat sini je) . Akhirnya kami masuk Yodabashi. Dekat sejam lebih kat sini, almaklumlah dari konon cari earphone sampai ke beli hp wallet (sapelaa orangnye tu..tp justified purchases kan bff?). Kedai ni tax free (8% tau gst kat sini. Nangis jugak kalo shopping berpuluh ribu yen) tapi dengan syarat, lepas tolak tax free tu total purchases still around 10,000 yen kalo x silap. On top of that, kalo bayar guna kredit kad Visa dapat lagi 6% diskaun. So merasa kami 14% diskaun. Hasil belian; earphone, ipad holder, handphone holder dan bamboo stylus.

wpid-imag2980.jpg

wpid-imag2983.jpg

wpid-img-20150321-wa0015.jpg

Sebelum meneruskan perjalanan ke stop seterusnya, kami pegi kedai Sofmap. Misi kami, nak beli Metro Pass. Ape hebat sangat metro pass nie? Dengan metro pass ni, korang boleh suka suki naik tren dalam Tokyo (except JR) beribu kali pada satu harga. Metro Pass nie ade 3 jenis – 1day, 2 days or 3 days. Dan bukan boleh beli kat mana2 saja. Ade selected outlet of Bic Camera dan Sofmap yang jual pass ni. Boleh cek kat sini untuk maklumat lanjut.

Kat Akihabara berlambak Sofmap, jadi bertanyalaa kalau tak mahu sesat dan buang masa. Lepas dah jumpe Sofmap tersebut, kami naik 2nd floor dan pegi beli 3 days Metro Pass for 1,500 yen. Bebudak 4 tahun ke 12 tahun half price kalo x silap.  Cara nak pakai pass ni, ko slot je masuk kat gate tu, sape penah gune tiket lrt lame pasti korang cepat pick up. Lepas beli termelilau kat atas tu, eh…cool jugak barang kat kedai nie. Takpelah, masuk senarai next trip!

Dari Akihabara kitorg pegi Shibuya. Kalo Akihabara tu lubuk barang letrik dan gajet, Shibuya macam lifestyle and entertainment district, merata ade mcm2 mall, cafe and restaurant. Nway, masa nak cari exit keluar, termasuk kat Deepachika. Deepachika nie adelah macam food bazaar kat basement  departmental store yg mostly dipenuhi dengan bermacam2 jenis dessert yg comel n nampak seperti semuanye sedap gila. Aku hilang kewarasan kejap tgk bermacam dessert kat situ sebelum diheret disedarkan bff yang kitorg sebenarnya nak cari food court utk lepak makan bekal kitorg.

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Deepachika - Egg Puddings

Deepachika – Egg Puddings

Blueberry pie pun sedap

Blueberry pie pun sedap

Yang ni pun sedap

Yang ni pun sedap

Mementanglaa tgh musim stroberiii..

Mementanglaa tgh musim stroberiii..

Eh..tp ni lagi menarik

Eh..tp ni lagi menarik

Punyalah susah nak cari food court untuk lepak makan. Ade mall yang ade, tapi no outside food. Last2 kitorg cari kedai halal gune google map, naik turun pedestrian bridge dan berjumpelah kedai Hanasakaji-San (kedai Halal Shabu2 yang dah dicertified oleh Halal Malaysia). Kat sinilah aku merasa makan set dinner yang paling mahal seumur hidup aku. Ye, sememangnya ini amat bertepatan dengan tema percutian kali ni kan “Akan Sentiasa Ada Kali Pertama Untuk Semua”. Mujur kami dah berjimat bagai dengan masak dan bawak bekal, aku rasa justified sangat nak merasa authentic Japanese shabu2.

ANNOUNCEMENT – Kat sini, aku ade tips penting! Buat reservation kalo korang nak rasa kedatangan korang disambut dengan penuh mesra. Sebab diorg mcm kaget sekejap bila kitorg dtg x wat reservation, so mcm suam2 kuku sahaja sambutan diorg. Tapi tak kisahlah, asalkan korang terima kami untuk jadi pelanggan korang time tu (sebab kami dah terlalu lapar dan cuaca yang semakin sejuk langsung tidak membantu mengurangkan rasa lapar).

Shabu2 kat sini, sedap jugak, cara nak makan senang je. Bagi air mendidih, masuk bawang n cili padi n sayur. Pastu masukkan daging ikut mane yg ko nak makan n bg masak skit n cecah dlm roasted sesame dip n makan. Disamping daging tu, ade bento set yang sedap, dan nasi. (Tips: Makan perlahan2, nikmati dan supaya memastikan korang boleh abiskan semuanye. ) Nampak je skit, tp lepas dah suap itu suap ini, tanpa sedar perut mcm dah x boleh nak isi dah. Harga set tu 4,500 yen. N kedai tu tutup pukul 8 mlm.

Menunggu broth mendidih

Menunggu broth mendidih

Lepas dah mendidih masukkan bawang dan cili padi

Lepas dah mendidih masukkan bawang dan cili padi

Sayur mayur untuk menjadikan makanan lebih berkhasiat

Sayur mayur untuk menjadikan makanan lebih berkhasiat

Pastu celur2 laa daging ni, n cecah dgn roasted sesame dip tu n pehh..sedapp

Pastu celur2 laa daging ni, n cecah dgn roasted sesame dip tu n pehh..sedapp

Bento set yg super delish.  My favourite salad sotong dgn ikan ape tah kat bawah tu.

Bento set yg super delish. My favourite salad sotong dgn ikan ape tah kat bawah tu.

Lepas dah kenyang, nak jalan pun rasa happy. Then, kami menuju ke area Starbucks, sbb nak tgk the famous shibuya crossing dari port yang baik punya. Kagum jugaklah tgk multicrossing tu. Sekejapan je sementara menunggu lampu merah, org yg menunggu nak melintas memenuhi setiap ceruk yg boleh lintas. Then bile dah boleh lintas, mcm ade keramaian pulak kat tengah2 jalan tu. Pastu tetibe the crowd dah disperse. Video akan diupdate lepas dah setel dgn conversion.

???????????????????????????????

Nampak x mamat tu cool je lintas sengsorang masa lampu melintas still merah? die tu pelakon. tgh shooting scene melintas jalan dgn perasaan yg melankoli kot. sbb diorg shoot tepi

???????????????????????????????

Shibuya at night

Shibuya at night

Dari Shibuya, kitorg menuju Akebanebashi Station – nak strike out wishlist aku eversince aku start tengok cardcaptor sakura; melawat Tokyo Tower. Overwhelmed bila kuar je station, dh boleh nampak Tokyo Tower yang gah berdiri tu dgn led pink dan biru, menyerikan view malam. Kitorg tak naik pun, sebab pegi nak amik gambar view dari luar dan lepas tu balik umah. Sbb dah kepenatan menapak lebih daripada 10,000 tapak pada hari itu.

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Anak my bff dgn Tokyo Tower

wpid-img_20150321_234739.jpg

nota kaki: I’m so missing the city right now!

________________________________________________________________________________________________

Train route and cost:

1. Asakusa to Ueno – walk.

2. Ueno – Akihabara (only 1 station) = 170 yen via Tokyo Metro Hibiya Line or 140 Yen via JR Yamanote Line

3. Akihabara via Hibiya Line to Ginza Station change to Ginza Line to  Shibuya = 200 yen (kami guna Metro Pass)

4. Shibuya via Hanzomon Line to Aoyama Itchome station change to Toei Subway Oedo Line to Akabanebashi = 280 yen (Metro Pass)

5. Akabanebashi via Toei Subway Oedo Line to Daimon Station change to Toei Subway Asakusa Line to Asakusa = 220 yen (Metro Pass)

Total train cost: 840 yen

_____________________________________________________________________________________________

Tips on Metro Pass:

1. Estimate total train cost berdasarkan destinasi yang hendak dituju.

2. Susun jadual agar semua perancangan aktiviti di Bandar Tokyo dapat dilakukan dalam tempoh 1, 2 atau 3 hari.

3. Digalakkan beli pass ni awal. Supaya boleh start utilise dari first station yang berhampiran dengan accomodation korang tu.

4.Its okay kalo nak beli metro pass awal, tapi pakai dua tiga hari selepas pembelian. Tapi  kalo beli untuk dua atau tiga hari, tak boleh pakai selang sehari. Kena pakai dalam tempoh 2 hari yang berturutan.

Advertisements

2 thoughts on “Travelog ke Negara Matahari Terbit 03 : 10,000 Langkah Mengukur Bandar Tokyo

  1. Hahah mmg org kat kedai Hana sakajisan tu mcm terkejut la.. pastu plak kita bukan amik set basic.. amik set mahal sikit, jadi utk org yg dah reserve tu diorg kena prepare set baru agaknye…
    Lg satu dgn budak2 yg luar kawalan.. pastu budak2 mkn bekalan.. mmg nampak diorg pandang semcm. Nasib baik la masa tu si kakak je yg beriya mkn bekal.. tp aku tak kisah dah masa tu sbb on that day sejuk gile kan.. mmg semua org kelaparan. Mmg pengalaman sgt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s