Travelog ke Negara Matahari Terbit 02 : Kesejukan Yang Menyapa

Aku Sejuk!

Syok betul tido berlapikkan tatami, dengan aircond semulajadi dan jugak heater yg memberikan rasa suam2 yg best kat bilik tu. TETAPI, bile dah bangun, pegi ke dapur, terus aku rasa kesejukkan yang amat sampai menggigit hingga ke tulang rusuk ni. Walhal aku dah pakai baju heatech extra warm+tshirt+fleece jacket+fleece socks kot. Mujur, toilet kat Jepun ade bidet dan dah setkan warmer seat on. Kalo tak ada semua itu, maunye aku menjerit kesejukkan oi. Lepas cuci muka, aku terus capai jacket dan turun ke Family Mart. Seronoknya bila dapat pegi Family Mart lagi! (sebab kat korea, aku rajin benar kuar masuk family mart. cari banana milk, so kira pelepas rindu skit la ni)

Memandangkan harini baru hari kedua, aku masih malu malu kucing untuk shopping sakan. Jadi aku sekadar beli barang dapur dan naik atas, memulakan tugas memasak breakfast dan makanan yang akan dipack untuk tengahari nanti. Lebih kurang mcm tulah rutin kami sepanjang 10 hari, aku masak breakfast n lauk2 utk dipack (sometimes bff aku pun masak) n die akan pack makanan tu dalam thermos container yg kitorg bawak. Sbb she knew best keperluan family die kan, so mmg aku serahkan hal bungkus membungkus dekat die.

Dekat pukul 10 pg, barulah kitorg memulakan perjalanan ke Tokyo Disneyland. Ade hati kan pegi theme park kuar timing sama dgn opening time diorg? (mestilah x bape kisah. sbbnye kitorg tak tahu yg kami  bakal erkesima tgk betapa ramainya manusia kat situ nanti) Hahaha…beginilah kaedahnya kalo keluar berjalan dgn bebudak kecik. Mmg suatu keajaiban kalo dpt kuar umah kul 8 pagi tau.

Personally, aku rasa sebagai pengguna tegar public transport dan pengalaman naik tren kat Korea banyak membantu dalam navigasi tren system kat sini. Pada awal tu, aku mmg mcm tak fokus sgt pasal laluan2 tren ni, sebab teruja sgt. Tapi lepas 2-3 kali turun naik, Alhamdulillah dh boleh grasp how the system works. Kalo tak pernah guna public transport, ade kemungkinan besar akan culture shock skitla dgn train system. Tapi, kalo x malu bertanya pasti korang tak sesat jalan punya (kalo bertanya pun malas, silap haribulan boleh sesat bagai, end up bersiar dalam train station je tau) Sepanjang kat Jepun, kitorg sangat bergantung kepada apps “Japan Train aka Hyperdia” dan Tokyo Subway utk additional reference masa kat Tokyo.

Dalam 50 minit turun naik tren, kitorg sampai kat Maihama Station. Dengan perasaan terujanye kitorg mara ke entrance Tokyo Disneyland. Sebelum masuk, ade bag inspection, bukan untuk makanan, tetapi untuk memastikan tiada barangan merbahaya dibawa masuk  dan juga utk memastikan guest mencabut go pro daripada monopod. Papehal pun, aku rasa decision kami beli tiket Disney n Usj awal2 mmg sgt berbaloi.Sebabnya, x payah buang masa nak beratur beli tiket especially time weekend. Tapi kalo nak beli kat sana jugak, sila lah datang awal ye.

Sebaik menjejak kaki ke Tokyo Disneyland, kami terkesima, bile tengok betapa ramainya manusia kat situ. Pada masa yang sama ada terselit rasa terharu, sebab akhirnya dapat juga jejak kaki ke Tokyo Disneyland (Kalo g Tokyo pun dah terharu bagai, kalo pegi Mekah nanti, mau ko nangis kot, emosi betul laa ko ni Nadiah)  Masih blur dengan hala tuju, kami amik show guide dan map, pastu  merancang show/parade yg kitorg nak tgk dan start round Disneyland. Bila tgk keramaian manusia pada hari itu (yang aku saspek berpunca daripada combo weekend+cuti sekolah), aku cam terus pasrah yg kitorg mmg kena lupakan sahaja hasrat nak naik rides2 yg fames kat sini. Yelah, nak pegi amik fastpass space mountain (Fast pass = express pass utk naik rides at specified time allocated) pun jenuh berasak dgn crowd. Kitorg hanya mampu geleng kepala tengok waiting time rides menjangkau 2 jam lebih. Sayonara sajelah.

Frozen Fever

Frozen Fever

Fatin & Elsa

Fatin & Elsa

Fastpass dah dalam tangan, kitorg pun pegi beratur nak cabut lottery utk front seat masa once upon a time castle projection. Beria kami beratur (dan berasak), alih2 pas scan ticket, dpt result yg kami x berjaya secure tempat. Keciwa punye pasal, kami pun membawa diri ke port mainan budak2 dan beraturlaa kami di Small World, Carousel, Snow White rides. Jadi laa kan..daripada tak naik pape. ;p

Kalo dapat loteri td, bolehlaa duduk kat benches ni

Kalo dapat loteri td, bolehlaa duduk kat benches ni

Feeling stairway in heaven

It's A Small World

It’s A Small World

It's A Small World

It’s A Small World

Lepas 2-3 rides, kami secure port baik punye utk menikmati lunch kitorg  yang sempoi tp sedap tu (nasi putih, sup telur kosong, carrot n ikan bilis goreng, sambal hitam dgn telur rebus). Bawak bekal dalam thermos container pun satu langkah bijak jugak tau – iimat duit, jimat masa beratur,makanan masih suam2 dan yang paling penting tidak perlu risau dengan status halal makanan. Perut dah kenyang, park budak2 pun kami dah puas pusing, kami singgah sebentar di kedai souvenir. Rambang mata tengok pelbagai pilihan merchandise bertemakan Frozen, alice in wonderland, Cinderella. Tapikan bile masuk kedai lepas kenyang, mmg aku x selera nak membeli. Akhirnya aku tggu kat luar tgk bunga tulip pink kembang setaman tu.

???????????????????????????????
Colorful tulips

Culture kat theme park kat sini, sejam before parade, guests akan start mengcop tempat. Kebetulan kitorg dah setel makan, shopping, amik gamba dgn tulip, kami pun pegi cop tempat utk Frozen parade yang berhampiran dgn lokasi kami pit stop tu. Memandangkan kami antara org terawal yg dtg cop tempat, kami berjaya secure tempat depan skali. Yay! (Tips: bawaklaa tikar murah utk jadi lapik utk melepak/cop tempat kat theme park or park) Sementara menunggu, aku sempat lari kejap amik gamba castle, sbb time nie crowd dah hilang kemana2 ntah.

Castle

Castle

Castle

???????????????????????????????

Frozen show:

Frozen Show

Not bad laa parade Frozen ni. Seronok jugak aku menengoknye walaupun perkataan yang aku faham hanya time diorg nyanyi Let It Go tu je.

Then, kitorg layan cruise n train, beli popcorn n bergerak ke area Castle. Asalnya, plan nak tgk Once Upon A Time Castle projection kul 8.30 punye show, tp rupenye kami dh sangkut dekat crowd yang nak tgk show kul 7 punye. So kami layanlaa first round. First time tgk depan mata, aku rasa syahdu n sgt kagum dgn show tu. Best gile!! Tp view tak begitu memberangsangkan sebab view tepi, kami pun strategize laa for next show utk tgk front view punye. Cari punye cari, kami berjaya secure tempat yg quite okay, frust skit sbb x dapat betul2 front view, tp rupenye semua orang pakat duduk dulu utk tengok Electrical Parade. Dengan cuaca yg bertambah sejuk, kitorg layan parade yg meriah tu sambil makan maggi Royale in cup. Layan betul makan maggi panas2 time tgh sejuk gedi ni. (tips: gigih tak bawak air panas dalam thermos? Bagus thermos ni letak air kul 9 pg, kul 7 lebih pun still cukup panas utk buat maggi)

Kami nak naik cruise

Yeay. kapal dah sampai

Berkayak keliling pulau
Sunset

Electrical Parade

Electrical Parade

Tamat sahaja Electrical Parade, kami bergegas mencari tempat utk menonton Once Upon A Time Castle Projection, bila dah berjaya secure tempat betul2 tengah2 front view, makin terujalah kami menunggu show tu. Tak sia2 kami berdiri mempertahankan spot kat situ, mmg best view utk menikmati show tersebut. Bertambah kagum meskipun tengok utk kali kedua!

Once Upon A Time Castle Projection

Sebenarnya cabaran berasak2 dalam crowd mencari good viewing spot mmg tadeklaa seteruk mana kalo nak dibandingkan dengan cabaran berasak dalam kedai untuk membeli souvenir sebelum pulang ke rumah. Masa ni, aku mampu kata padan muka je kat diri sendiri, sbb sanggup menjebakkan diri dalam kedai yang penuh dengan manusia itu, walhal boleh je boleh beli siang tadi kan!

Namun, bukanlah seorang shoppers yg tegar kalo cabaran ini pun aku x mampu atasi kan. Akhirnya kuar masuk 4-5 kedai, aku berjayalaa membeli beberapa souvenir buat kenangan2.

Last minute shopping

Cinderella tengah tempah gown

Cinderella tengah wat fitting.

Bye2 Disneyland . Tatau bila akan sampai sini lagi

Bye2 Disneyland . Tatau bila akan sampai sini lagi

Selfie wif da crowd

Selfie seround

Nota kaki: Dulu stress kalo kuar lambat. Tp skang no more stress sbb aku fikir wat ape nak stress, bukannye tak boleh datang balik kan? Tp kalo dgn geng2 single no kids involved – lateness camni mmg total NO. Setiap saat adelah sangat berharga!

Advertisements

5 thoughts on “Travelog ke Negara Matahari Terbit 02 : Kesejukan Yang Menyapa

  1. Salam,

    Awak beli JRPass kan? Berbaloi tak? Saya nanti turun KIX. Round2 osaka, kyoto then pergi tokyo. Pastu balik KIX semula. Pergi dalam 10 hari. Ada member advice jgn beli JRPass sebab mahal. Dia kata beli connecting train je. Saya ada baca a few blogs gak, tp ramai yg opt for jrpass. Any advice?
    Thank you =)

  2. Yup, saya amik JR Pass untuk 7 hari around RM970. Untuk kes saya mmg berbaloi2. Sebabnya:
    1. Kitorg mmg ade plan nak buat day trip Osaka – Tokyo – Osaka masa 2nd last day sbb nak tengok sakura kat Ueno Park. (Kitorg balik ikut KIX) Trip pegi balik ni je dah RM800++ pegi balik
    2. Keduanya sbb kitorg ade plan nak pegi Gala Yuzawa. Route ni pegi balik RM400++
    3. Sbb kitorg ade bebudak kecik. So takyah nak kelam kabut beli and reserve tiket. And naik shinkansen memudahkan dan mempercepatkan perjalanan, takyah nak tukar2 tren byk kali.
    4. Tak campur lagi dgn route perjalanan yg lain, so untuk saya mmg berbaloi.

    So advise saya,
    1. Plan route bebetul and compare kan kalo gune JR or gune other mode of transportation
    2. JR Pass ni kalo x byk masa n nak permudahkan travel mmg patut diamik
    3. Sbb ade option night bas jugakkan, so dh jimat tang accomodation, itu pun kena kira jugak.

    Hope that helps!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s