Travelog ke Negara Matahari Terbit 01 : Akan Sentiasa Ada Kali Pertama Untuk Semua..

Lari!

Perjalanan aku ke Jepun dimulai dengan pecutan 100 meter mengejar panggilan terakhir untuk boarding di KLIA2.  Ceritanya, aku tersalah bajet masa – biasanya 3-4 jam sebelum penerbangan aku sudah terpacak di kaunter “baggage drop”. Tapi kali ini aku hanya tiba lebih kurang 2 jam sebelum waktu penerbangan. Jadi selepas check in backpack 17kg tu, aku dan bff (n family) terus bergegas menuju ke Departure hall. Mulanya aku fikir nak terus ke ruang menunggu, tapi bila memikirkan servis makanan di atas flight yg mungkin hanya akan dilakukan 1-2 jam selepas penerbangan (dan aku masih belum makan walau sesuap nasi ketika itu), kami berhenti makan sebentar di Popeye sebelum melalui 2nd screening. Seperti yang aku jangka, selepas selesai 2nd screening, terdengar panggilan untuk penerbangan ke Haneda. Apa lagi, pecut 100 meter la kami, adrenalin rush sgt!

Ekor kapal.

Adekah sbb aku beli tiket promo memberikan tiket automatik untuk aku merasa duduk di bahagian ekor kapal terbang? Ade sedikit rasa tidak senang bila dapat tahu aku bakal duduk di bahagian ekor kapal terbang lagi2 dalam Airbus A320 (Duduk di bahagian ekor kapal terbang menjamin anda merasa gegaran paling byk drp bahagian tempat duduk yg lain). Tapi bila dah duduk kat seat belakang tu, aku fikir not bad  lah duduk kat belakang skali ni – aisle luas sbb susunan seat 2-3-2, agak dekat dgn toilet (toilet tu macam hampir ekslusif digunakan orang yang duduk dibelakang sahaja) dan servis makanan bermula daripada belakang!

Org seat sebelah

Syukur kepada Allah kerana perjalanan selama 7 jam tidak mengalami sebarang turbulence yg teruk. Dapat plak orang seat sebelah budak muda yg banyak tido disepanjang perjalanan dan hanya dua kali minta laluan utk ke tandas. Rupenye bukan utk ke toilet semata tp utk mengambil wudhu’. Jarang2 aku jumpe lelaki sembahyang dalam kapal terbang. Bila aku curi2 tgk ketika mamat tu tengah isi arrival form, oh baru 23 tahun budak nie, mude sgt kalo nak ngorat ni, terus aku sambung tido balik laa lepas tu.

Haneda Airport

Aku igt airport Haneda ni besar. Tapi sempoi je airport nie. Tp jauh jugaklaa dari disembarkation point nak menapak ke immigration. Mujur banyak walkalator. Setibanya di kaunter, aku serahkan passport dan arrival form. Sekarang tidak perlu memohon visa untuk melancong ke Jepun, tapi kena pastikan passport tu comply dengan ICAO. Selepas mengambil beg kami ke kaunter kastam utk mendeclare beras dan sosej yg dibawa. Rupenye kami perlu mengisi borang import utk personal use utk membawa masuk beras. Sebelum mendapat pelepasan dari kastam. (Tips: Pack makanan kat tempat yg mudah dicapai. Supaya cepat skit proses di kaunter import)

Asakusa, kami datang.

Selesai urusan di airport, kami menghala ke Keikyu train station utk menuju ke rumah di Asakusa. Mujur kami masih sempat mengejar train ke Asakusa dan terima kasih Allah kerana memberikan bantuan dalam bentuk student Malaysia di Jepun yg tolong menunjukkan jalan kat kami. Aku rasa lega bila kami selamat sampai di stesen Asakusa. Keluar saja dari lif stesen, kami disambut dgn udara yg segar dan sejuk, saki baki kesejukkan musim winter agaknya. Mungkin kerana terlalu teruja kerana akhirnya sampai juga kat tanah matahari terbit ni,Tiba2 kurang rasa kepenatan memikul beg dibelakang

Selepas check in ke apartment, kami terus memunggah isi bag, menyusun pelbagai bekalan makanan yg dibawa dari Malaysia, melapik perut dengan milo panas dan ZzzZZzz dengan mimpi manis.

Update: Kami sewa apartment 2 bilik nie via Airbnb. Ade satu bathroom and satu toilet. Kitchen die kecik je, tp cukup selesa utk kami ber lima lepak duduk makan and untuk bebudak ni berlari2. Tapi duduk apartment, kena faham culture diorg yang tak suke bising dan sampah kena asingkan ikut jenis2. Itu no problem for us. Kalo korang punye travel group dlm 5-6 orang aku rasa sedang elok rumah ni untuk korang. Ni profile apartment kami duduk tu : https://www.airbnb.com/rooms/3886644

Bekalan makanan kami.

Bekalan makanan kami.

Nota:Ramai yg fikir tidak apa kalo tidak membuat declaration, tp kan rasa lebih tenang kalo kite buat declaration.

Train route: Haneda Airport via Keikyu Line tukar train kat Sengakuji ke Asakusa Line (around 40 minit) = 620 yen seorang. (Around RM20, murah Rm15 daripada KLIA Ekspress)

14 thoughts on “Travelog ke Negara Matahari Terbit 01 : Akan Sentiasa Ada Kali Pertama Untuk Semua..

  1. Hi nadia, nak tanye brg mknan beras Dan sausages yg u bwk, kena declare di haneda, ade charges ke? Declare tue yg kita isi form dlm flight kan?

    • Hi Tariq, mcm beras tu kitorg terus pegi kaunter special kastam. Belah kiri. Kena isi form kat kaunter tu n kena tau berapa berat beras tu. No charges sbb personal consumption. As for sausages tu..kawan i terus sedekah/buang. Malas nak berpanjang lebar sbb nak kejar last tren.

  2. Hi! Nak tau backpack tu 17kg tu per org ke? & backpack apa & volume (30L/40L etc) yg recommended utk guna utk bp dlm 6H 5M?
    Btw nice blog & very informative 👍
    Going to read the rest of your #bpjapan entries

    • Hi!
      Alhamdulillah sbb u find the blog very informative. And tq for the compliment. 🙂

      1. Ye.. backpack 17kg tu i angkut sorang kat belakang..hahaha..(believed me..pastu balik kl.. bag laptop tu rasa cam x berat langsung)
      2. I pakai deuter 65+10..kalo utk 6h5m 30l cukup kot.. tp still depends laa pegi mana n jenis bawak baju byk ke tak.

  3. Salam Nadia,

    Food yang awak bawa tu termasuk daging/ ayam ke? Saya plan nak bawa instant Brahim tu. If let saya bawa, declare je la kan? Sebab saya baca dalam komen awak bawa sosej tapi just buang je. Any advice?

    Thank you.

    P/S: Btw, sukala baca blog awak. Very informative dan gambar semua cantik2 dan besar. Hihihi. Puas tengok.

Leave a reply to Masz Cancel reply